IPOH –
Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua
Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan
artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat.
Kenyataan
ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran
tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu,
Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz
Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Artikel
bertajuk ‘Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan’ itu menyebut bahawa
berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum
ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi
kebenaran.
Mengulas
perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan
blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak
benar dan berunsur fitnah.
Menurutnya,
ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan
modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.
“Terbukti,
tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan
blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum
cukup,” katanya pada sidang media, semalam.
Koo Ham
yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel ‘ralat’ itu tidak
memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan
membuat permohonan maaf secara terbuka.
Katanya,
pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap
imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz.
“Selain
menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan
awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari
sebaik surat rasmi diterima daripada kami,” katanya sambil memaklumkan writ
saman akan
tetap diteruskan terhadap blog berkenaan.
Pisau.net
menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru
apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada
Jun 2012.
Tinjauan
semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses.
Isu
pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri
Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd
Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin
memberi penjelasan berhubung isu itu.
Pembelian
tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan
Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment