Rencana
oleh: YUSOF HARUN
Akhbar:
Sinar Harian
Tak
sampaipun setahun, PDRM kembali mendapat penghargaan daripada pembangkang
kerana berjaya memastikan demonstrasi atau lebih tepat Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) minggu lalu berjalan licin.
Tidak ada
insiden yang meletakkan negara seperti sering digambarkan - police brutality,
merujuk kepada tindakan polis terhadap penunjuk perasaan.
Melalui
Akta Perhimpunan Aman 2012 yang digubal dan diluluskan di Parlimen, kerajaan
memberi kelonggaran kepada sesiapa saja untuk berhimpun. Syaratnya mereka harus
terlebih dulu memberi jaminan agar perhimpunan dapat berjalan dengan aman tanpa
sebarang insiden yang tidak diingini. Inilah yang berlaku minggu lalu apabila
syarat polis dipatuhi.
Kini sama
ada perhimpunan tempoh hari ialah perhimpunan menjelang PRU 13 ataupun bagi
menghalang Shamsidar Taharin menjadi saksi S Nallakaruppan, bekas rakan tenis
Anwar yang menghadapi tindakan saman rakannya, atau apa saja, ia bakal menjadi
sejarah baru.
Berbanding
perhimpunan kali ini, pihak penganjur memilih stadium merdeka dari jalan raya.
Perhimpunan ini juga mencatat rekod apabila jumlah yang hadir jauh lebih ramai
daripada demonstrasi Bersih 3.0. Jumlah kehadiran yang begitu besar, pihak
polis sepatutnya berdepan dengan masalah, tetapi PDRM berjaya mengawalnya
dengan cemerlang.
Pihak
penganjur nyata gembira hasil perhimpunan. Ini turut dikongsi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak yang berkata "terima kasih kepada pembangkang
walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat
akta itu.”
Kini
pembangkang gagal mempermodal perhimpunan tempoh hari. Ia mungkin menang dari
segi saiz kehadiran yang datang, namun kemenangan itu bukan bererti matlamat
mereka berjaya. Sasaran mereka untuk menggembleng satu juta orang hadir di ibu
kota gagal membuahkan hasil.
Boleh
dikatakan cerita paling menarik buat pembangkang ialah kehadiran atau
penyertaan yang begitu ramai hari itu.
Soalnya berapa ramai? Timbalan Presiden Pas Mat Sabu begitu teruja sehingga
menganggar 500,000. Biarpun kita bukannya nak menjadikan isu crowd sebagai isu
asas, namun untuk rekod, boleh dikatakan hampir semua media arus perdana
mengguna pakai angka dari PDRM yang menyebut peserta himpunan hari itu 45,000
orang.
Seperti
biasa mereka yang pro pembangkang mempersoal angka sebenar sehingga angka PDRM
disebut sebagai tidak masuk akal. Tentu sekali mereka lebih tertarik angka yang
menyebut 500,000. Ada juga yang menyebut 150,000 orang- 80,000 dalam stadium,
manakala bakinya di luar- dari angka rasmi PDRM iaitu 45,000. PDRM mungkin tersasar kerana angka 45,000
terlalu kecil dari angka 80,000 yang ditwitnya pada mula.
Pihak
polis dalam twitnya menganggarkan
80,000, kemudian mengubah angka itu kepada 40,000, kemudian kini angkanya
disebut 45,000. Bukan senang nak mengira jumlah yang hadir tanpa menggunakan
tiket. Mereka yang datang bukannya membeli tiket terlebih dulu.
Perhimpunan
kali ini juga mencetuskan persoalan - tidak ramai disertai orang-orang Cina dan
India . Kebanyakan adalah wajah sawo matang. Tidak ada lelaki atau wanita Cina
berjalan sendirian. Penyertaan mereka kali ini jauh lebih rendah dari semasa
mereka menyokong Bersih dan Ambiga.
Ia memberi
gambaran HKR anjuran Pakatan Rakyat tidak mendapat sokongan kaum Cina. Kalau
ada yang hadir, ia boleh dibilang dengan jari. Bagi mengelabui mata masyarakat
dunia, ada makcik-makcik bertudung labuh memegang sepanduk berlambang roket.
Aneh tapi mereka berasa bangga dapat mendekatkan diri dengan perjuangan DAP.
Seperti
disebut sebelum ini, pengundi-pengundi Cina ibarat ubi yang diam-diam berisi berbanding
diam-diam pengali buat orang Melayu. Dalam PRU 12, pengundi Cina yang selama
ini “diam-diam ubi” memperlihat kelibat mereka. DAP nyata pihak yang beruntung.
Mungkin
dalam Bersih 3.0 dulu ada agenda dan tuntutan-tuntutan tertentu, secara
langsung atau tidak, yang melibatkan kaum Cina dan India tetapi dalam
Perhimpunan Shamsidar ini, ia tidaklah menjurus
mana-mana tuntutan spesifik kaum.
Tuntutan
HKR adalah tuntutan biasa yang tidak begitu bersifat revolusioner dan tidak ada
yang baru tentang tuntutan itu. Malah ia boleh dilihat sebagai alasan untuk
berhimpun. Lagipun kerja berhimpun dan berdemonstrasi adalah kegiatan paling
digemari
Pembangkang,
terutama Pas yang cukup instrumental dalam perhimpunan Sabtu lalu apabila Mat Sabu memikul kepercayaan sebagai
pengerusinya.
Justeru,
sekiranya pembangkang melihat kejayaannya dalam bentuk apa sekalipun sebagai
petanda kepada peluangnya dalam PRU-13, maka ia nyata meleset kerana ia hanya
memaparkan arus bawahan yang kini menghanyutkan Pas, DAP dan PKR akibat
pelbagai isu asas yang tidak disepakati secara jujur.
Dalam lain
perkataan HKR sebenarnya mendedahkan kelemahan kesatuan Pakatan Rakyat
menjelang PRU13 nanti.
KD: Berfikirlah secara logik dan terbuka.. bukan bermotifkan peribadi mahupun emosi..
KD: Berfikirlah secara logik dan terbuka.. bukan bermotifkan peribadi mahupun emosi..
No comments:
Post a Comment