KUALA LUMPUR - Amaran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai demonstrasi ala “Arab Spring” di Malaysia perlu diambil serius berikutan obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad .
Menyatakan
beliau tahu akan kapasiti Anwar untuk melakukan huru-hara, bekas Perdana
Menteri berkata Anwar telah membuktikan dirinya sebagai “juara” demonstrasi di
masa lalu.
Dr Mahathir
berkata, semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran pada 1974, Anwar telah
menganjurkan demonstrasi pelajar mendakwa kebuluran telah menyebabkan kematian
seorang budak lelaki di Baling, Kedah; tetapi tiada demonstrasi serius selama
16 tahun apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyertai kerajaan.
“Sebaik
sahaja beliau keluar daripada kerajaan, terdapat demonstrasi setiap minggu.
Obsesi beliau untuk menjadi perdana menteri akan mendorong beliau mewujudkan
“Arab Spring” supaya cita-citanya menjadi kenyataan.
“Bagi
dirinya, beliau tidak peduli sekiranya kestabilan dan ekonomi negara terjejas teruk
asalkan beliau dapat menjadi perdana menteri,” kata Dr Mahathir dalam entri
terbaharu dalam blog beliau bertajuk ‘Janji Anwar’ di www.chedet.cc hari ini.
Entri
terbaharu itu ditulis sebagai respons kepada janji Anwar untuk mengatur “Arab
Spring” di Malaysia seperti dilaporkan di Australia.
Dr Mahathir
berkata Anwar akan menganjurkan demonstrasi melibatkan ratusan ribu orang —
sepertimana dilakukannya pada demonstrasi ‘Bersih’ – bagi menjatuhkan kerajaan
sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya umum akan datang.
Memberikan
perspektif lebih jelas, Dr Mahathir berkata Anwar telah menganjurkan
demonstrasi setiap Sabtu apabila beliau dipecat daripada jawatannya sebagai
Timbalan Perdana Menteri yang telah menjejaskan perniagaan di Kuala Lumpur
berikutan orang ramai mengelak daripada pergi ke ibu kota.
“Anwar tahu
akan impak teruk daripada demonstrasi besar-besaran yang beliau anjurkan itu
terhadap ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia mungkin dapat didesak untuk mengundi
partinya bagi mengelakkan ekonomi mereka terjejas oleh demonstrasi.
“Adalah amat
menyedihkan bagi Malaysia jika ugutan sebegini dibuat untuk memenangi pilihan
raya,” katanya. — Bernama/Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment