KUALA KRAI:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan perlu
memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti
kerana kerajaan BN akan melakukan yang terbaik untuk mereka.
Beliau
berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, semua janji untuk
memajukan negeri ini, termasuk tujuh projek yang diumumkan semasa lawatan
beliau Januari lalu, akan ditunaikan BN.
"Janji
Barisan Nasional adalah janji ditepati," katanya ketika berucap di hadapan
lebih 45,000 orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) Kuala Krai di sini Jumaat.
Najib yang
dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata tindakan sedang diambil bagi
melaksanakan tujuh projek itu termasuk pembinaan lebuh raya dari Kuala
Krai-Kota Baharu, yang bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk jajahan
Kuala Krai, tetapi rakyat seluruh negeri ini.
Beliau
berkata kerajaan BN juga akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang
membelenggu rakyat Kelantan berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS
menyelesaikannya walaupun sudah lebih 22 tahun memerintah.
Sambil
membidas tindakan kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak,
Najib berkata kerajaan BN bersedia untuk memberi tanah kepada rakyat Kelantan
yang rata-rata 'dahagakan' hak untuk memiliki tanah.
"Jangan
beri tanah kepada pemimpin DAP...buat apa beri tanah kepada pemimpin
DAP...rakyat Kelantan dahagakan tanah...pemimpin DAP dapat 10,000 ekar tanah,
rakyat Kelantan dapat apa? Kita akan beri tanah kepada rakyat Kelantan,"
katanya.
Perdana
menteri turut membidas pemimpin pembangkang yang katanya hanya pandai menabur
janji tetapi gagal untuk menunaikannya dan ini dapat dilihat berlaku bukan
sahaja di Kelantan tetapi di Selangor.
Beliau
berkata PAS yang sanggup 'melutut' kepada pemimpin DAP, gagal melaksanakan
perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum hudud, yang dicanang selama ini.
Pengerusi
BN itu juga berkata kerajaan BN bersedia untuk memajukan negeri ini dengan
membawa masuk pelaburan besar supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang
banyak untuk generasi muda.
Najib mahu
rakyat negeri ini menolak pemimpin PAS yang memperkecil pelbagai bantuan
seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dihulurkan kerajaan pusat kepada
rakyat, dengan menyamakan pemberian itu umpama hampas kelapa, jerami dan padi
untuk haiwan.
Perdana
menteri yakin gelombang sokongan yang kini semakin besar kepada BN, menunjukkan
rakyat sudah tidak sabar lagi untuk memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti
untuk memerintah Kelantan. - BERNAMA/mStar
KD: wahai rakyat Kelantan, tidak mahukan anda berubah??
No comments:
Post a Comment