Beliau
berkata, penubuhan RCI mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat
mengenai insiden tersebut.
"Kita
mempunyai kerajaan yang terbuka. Mereka (kerajaan) boleh tubuhkan RCI sekiranya
rakyat ingin tahu mengenai siapa dalang di belakang pencerobohan ini,"
katanya.
Sementara
itu, Dr Mahathir turut mempersoalkan sumber kewangan yang diperolehi untuk
membiayai operasi kumpulan pengganas Sulu.
"Operasi
itu memerlukan sumber kewangan yang besar...jadi dari mana wang itu datang?
Saya sendiri tertanya-tanya mengenainya.
"Saya
percaya Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu adalah
lelaki miskin...dari mana wang untuk membiayai kumpulan pengganas itu
datang?," katanya.
Beliau
percaya wujud pihak ketiga yang membiayai pergerakan kumpulan pengganas Sulu
memandangkan kerajaan Filipina mengesahkan Kiram adalah lelaki miskin. –mStar
KD: Mungkin cadangan Tun M ini wajar dipertimbangkan oleh pihak
kerajaan.
No comments:
Post a Comment