KUALA
LUMPUR— Memetik pendedahan Wikileaks pada 2007, akhbar Utusan Malaysia hari ini
melaporkan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari
pernah berhasrat untuk menakluk Sabah.
Kabel
07MANILA1534 bertarikh 11 Mei 2007 di laman web itu mendedahkan peguam MNLF,
Ombra Jainal, pernah menggambarkan Nur Misuari sebagai orang yang tepat untuk
mendapatkan semula Sabah dari Malaysia.
Utusan
turut melaporkan, berdasarkan maklumat tersebut, Nur Misuari masih lagi
marahkan kerajaan Malaysia kerana menahan dan menyerahkannya kepada pihak
berkuasa Filipina pada Januari 2002.
Pemimpin
MNLF yang pada 2007 ditahan di rumahnya ketika itu, dilaporkan kabel tersebut
dalam Perkara 6 menyatakan, Nur Misuari pernah memberitahu seorang pemimpin
kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino bahawa
apabila masanya MNLF mungkin boleh menyerang Sabah pada pukul 5 pagi dan
mengambil alihnya pada pukul 7 pagi.
Wikileaks,
dalam maklumat itu, turut mendedahkan Nur Misuari juga pernah dilaporkan
mendakwa beliau secara peribadi adalah pewaris sah yang berhak menuntut Sabah
berdasarkan darah keturunan rajanya dan menyalahkan Malaysia sebagai ejen yang
menimbulkan huru-hara di Sulu.
Pendedahan
di Wikileaks itu turut menyatakan Fuad Kiram yang mengisytiharkannya sebagai
Sultan Sulu telah memberikan gelaran Datu (putera raja) Kesultanan Sulu dan
Borneo Utara (Sabah) kepada Nur Misuari ketika pemimpin MNLF itu ditahan di
rumahnya pada 14 Mac.
Kabel itu
turut mendedahkan bahawa Dolorfino pernah memberi komen tentang kebimbangan
Malaysia terhadap niat Nur Misuari itu yang masih mempunyai beratus pengikut di
negeri itu.
‘‘Malaysia
juga bimbang mengenai hubungan beliau dengan pemimpin pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai ‘rakan lama’ Nur Misuari,’’ lapor Utusan
dipetik kabel itu.
Menurut
kabel itu, beberapa pegawai dari Malaysia telah mengadakan sekurang-kurangnya
tiga pertemuan dengan Nur Misuari atau isteri-isterinya seperti yang dinyatakan
oleh Jainal dan Dolorfino.
“Dolorfino
berkata, pada pertemuan 10 April, rombongan khas daripada Perdana Menteri
Malaysia (ketika itu ) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah memberitahu Nur
Misuari agar tidak mencampuri urusan politik dalaman Malaysia.
“Menurut
Jainal pula, Nur Misuari berjanji kepada wakil Abdullah bahawa beliau tidak
berniat untuk terlibat dalam urusan dalaman Malaysia,” kata Wikileaks.
Kabel itu
turut menyatakan bahawa Dolorfino berpendapat yang Malaysia mahu mencari
jaminan yang lebih kukuh bahawa Nur Misuari tidak meneruskan isu tuntutan
terhadap Sabah itu. -TheMalaysianInsider
No comments:
Post a Comment