JOHOR BAHARU: Barisan Pembebasan Kebangsaan
Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai
Malaysia pada 1963 dan menurut Pengerusinya, Muslimin Sema rakyat Sabah berhak
menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lalu dan hak
ini tidak boleh dipertikai.
“Kami
(MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah menentukan nasib mereka sendiri.
Mereka membuat keputusan menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan
mereka, itu pendirian kami,” katanya dalam temu bual melalui telefon dari
Manila, semalam.
Muslimin,
yang juga Naib Datuk Bandar Cotabato City di selatan Filipina berkata, dalam
kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan dinikmati
rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.
Muslimin
menjelaskan beliau mempunyai ramai saudara-mara di Sabah yang setia kepada
Malaysia dan hidup dengan penuh sejahtera.
“Mereka
hidup selesa dan makmur di Sabah, keadaan yang tidak mungkin dapat mereka
nikmati sekiranya terus berada di selatan Filipina. Saya tidak mahu sesuatu
yang buruk berlaku kepada mereka berikutan apa yang berlaku sekarang,” katanya. -HMetro
No comments:
Post a Comment