Pesuruhjaya
Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, PDRM akan membuat penambahan anggotanya
di beberapa balai polis yang terletak di pesisiran pantai timur di negeri
tersebut.
"Apabila
saya tanya tentang semangat mereka (anggota keselamatan), mereka menunjukkan
komitmen yang tinggi untuk meneruskan operasi mengesan dan menjejaki musuh di
sini.
"Kita
akan buat penambahan anggota daripada jabatan lain untuk sementara waktu
sehingga penambahan kekal dapat dilaksanakan.
Ini penting
bagi memberikan keyakinan kepada masyarakat bahawa mereka adalah selamat,"
katanya ketika ditemu bual menerusi program Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, yang
disiar secara langsung pagi ini.
Sehingga
kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu
manakala 56 musuh ditembak mati.— HMetro
No comments:
Post a Comment