HULU SELANGOR: “Kalau tak jadi peristiwa seperti ini kemungkinan besar kita tak dapat merasa pentingnya berada dalam negara yang selamat.
“Sebab itu
penting bagi kita berganding bahu memastikan keamanan terpelihara bagi
membolehkan kita menikmati hidup seperti sedia ada,” kata Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau
mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu yang menjadi ingatan
kepada seluruh rakyat negara ini betapa keharmonian yang dikecapi sebelum ini
terlalu berharga.
Katanya, ia
juga bukti nikmat paling besar dimiliki penduduk Malaysia ialah keselamatan dan
keamanan, sekali gus menuntut sokongan rakyat kepada usaha kerajaan mengekalkan
keharmonian dikecapi selama ini.
“Saya baru
balik dari Lahad Datu dan melihat sendiri keadaan di lapangan. Penduduk di sana
tidak bebas melakukan kerja seharian akibat pencerobohan pengganas.
“Rasa tidak
tenteram ini mengingatkan kita negara luar yang dibelenggu pergolakan seperti
Libya dan Syria yang berterusan sehingga kini menyebabkan banyak nyawa
terkorban,” katanya.
Menurutnya,
kejadian di Sabah itu juga wajar dijadikan iktibar dan melahirkan rasa syukur
dengan nikmat diberi Allah SWT.
“Kita mahu
rakyat tahu pimpinan melakukan rangka usaha lebih besar merangkumi transformasi
untuk meletakkan Malaysia di tahap lebih tinggi,” katanya.
KD: Setuju dengan pendapat TPM ini. Peristiwa pencerobohan
Lahad Datu ini menjadi pengajaran yang amat berharga kepada masyarakat kini khususnya dan generasi
masa akan datang secara amnya.
No comments:
Post a Comment