“Saya tidak
faham jika orang kata sandiwara. Nyawa dipertaruhkan... kami menghadapi musuh
sebenar dan bukan lakonan.
“Dua anggota
tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada
tanya selera,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian
Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di sini, hari
ini.
Ahmad
Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung
Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.
Seorang
lagi anggota tentera, Kpl Ahmad Farhan Ruslan pula terkorban dalam kemalangan
jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota
keselamatan dalam operasi itu.
Menyifatkan
Allahyarham seorang anggota yang berani, Zulkifli berkata siasatan mendapati
Ammad Hurairah sempat berbalas tembakan dengan beberapa pengganas sebelum gugur
di medan perang.
“ATM akan
membantu keluarga Allahyarham, apa saja yang kita mampu,” katanya.
Zulkifli
turut menyampaikan sumbangan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada
Ismail Husin, 55, iaitu ayah kepada Ahmad Hurairah selepas pengkebumian tersebut.
Sementara
itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed
yang turut hadir pada pengebumian itu meminta rakyat Malaysia bersatu dan
menghentikan spekulasi berhubung soal keselamatan negara memandangkan ramai
anggota keselamatan gugur ketika berjuang di perbatasan.
“Hentikan
sagala tohmahan dan fitnah ini yang akhirnya akan meruntuhkan kita dan kita
bertanggungjawab sebagai warganegara yang setia pada negara. Kita tak mahu satu
pun suara sumbang yang memberi kata-kata yang menunjukkan kita tidak peka
dengan kehibaan (yang dialami keluarga mangsa).
“Kita semua
rakyat Malaysia amat terhutang budi dan kita berdoa semoga barisan hadapan akan
teruskan perjuangan mereka untuk pastikan negara kita selamat sampai
bila-bila,” katanya.
Bekas
Panglima Tentera Darat Tan Sri Mohd Sharom Nordin berkata, pengorbanan yang
dilakukan oleh Allahyarham mencerminkan sikap taat dan setia kepada negara
walaupun nyawa yang menjadi pertaruhannya.
“Kalau ada
lagi orang mengatakan ini semua sandiwara, saya tak tahu nak cakap apa...
rakyat kita, tentera kita sendiri... hari ini anak Kelantan telah
mempertaruhakan nyawa untuk kedaulatan negara.
“Hilangkan
syak wasangka, ini satu pengorbanan yang diterima Allah S.W.T.,” katanya. —
Bernama/TheMalaysianInsider
KD: Daripada asyik mngutuk atau mencemuh, lebih baik hulurkan sedikit sumbangan kita kepada mereka..
No comments:
Post a Comment