PUTRAJAYA:
Dua acara besar di Kuantan pada Sabtu dilihat sebagai hentian terakhir jelajah
pra pilihan raya Datuk Seri Najib Tun Razak di seluruh negara sebelum beliau
mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada minggu hadapan.
Beliau akan
menghabiskan masa sepanjang hari di negeri itu dengan menghadiri beberapa
temujanji makan malam bersama masyarakat Cina untuk menyalurkan dana membina SM
Chung Hwa.
Najib
kemudiannya akan menghadiri acara 'Jelajah Janji Ditepati' yang terakhir.
Sumber
dalaman Umno berkata, pelbagai usaha sehingga tahap maksimum telah dilakukan
untuk memastikan acara itu berlangsung dengan gilang-gemilang sebelum Parlimen
dibubarkan.
"Jelajah
dan makan malam amal dirancang dengan baik untuk memberikan kesan maksimum
kepada Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN)," kata seorang pegawai.
Penganjur
makan malam yang akan diadakan di Stadium Darul Makmur berharap untuk mengutip
dana bagi pembinaan SM Chung Hwa di Kuantan yang dianggarkan bernilai RM35
juta.
Najib
dijangka akan bertemu pemimpin komuniti tersebut mengenai rancangan pembangunan
sekolah itu. - mStar
No comments:
Post a Comment