PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk
makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik.
Produk berkenaan ialah 'Green Tea Tapioca Ball' dan 'Yam Tapioca Ball' keluaran syarikat Full Free Co Ltd dan 'Vegetarian Instant Rice Noodle' dan 'Rice
Noodle With Thick Soup' keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd Othman
berkata, walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai
langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk
makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.
"Selain itu KKM juga mengenakan tindakan Tanah, Uji, dan Lepas
terhadap produk makanan yang sama keluaran syarikat-syarikat lain di Taiwan
(yang hendak diimport ke dalam negara), melainkan pengimportnya dapat
mengemukakan sijil analisa daripada makmal yang diiktiraf olah FDA Taiwan, yang
mengesahkan bahawa produk itu bebas asid maleik," katanya dalam kenyataan
di sini pada Isnin.
Menurutnya, KKM juga sedang memantau dengan rapi produk makanan diimport
dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan
maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan, KKM dengan menelefon 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau layari laman
web kementerian.
Rabu lepas, KKM menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa
syarikat makanan Taiwan, termasuk 'Tapioca Balls' atau 'Tapioca Pearls' yang
diguna dalam penyediaan minuman 'Bubble Tea' kerana dilaporkan mengandungi asid
maleik.
Penggunaan bahan itu tidak dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan
Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi, ia boleh mengakibatkan
kerosakan buah pinggang. BERNAMA -mStar
No comments:
Post a Comment