SHAH
ALAM – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memindahkan
fungsi dan kawal selia SPR kepada jawatankuasa khas yang diwakili Ahli Parlimen
semua parti politik adalah langkah terbaik.
Ahli
Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, langkah
ini meluaskan agenda transformasi politik secara jujur, berterus-terang dan
terbuka untuk membolehkan negara berada dalam iklim amalan demokrasi yang dapat
dilakukan secara sihat.
Menurutnya,
ia menunjukkan kegigihan, kesungguhan dan istiqamah Najib yang mengamalkan
sepenuhnya demokrasi yang berintegriti dan sihat serta jauh daripada anasir
yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu sebelum ini.
“Ia
juga menunjukkan amalan demokrasi negara kita tidak dinodai persepsi tertentu,
yang jika dibiarkan, akan menjejaskan kredibiliti SPR.
Penyertaan Ahli Parlimen daripada pembangkang
dan pemerintah akan menutup ruang dan pandangan bahawa amalan-amalan demokrasi
Malaysia tidak bebas,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Najib bahawa
kerajaan memutuskan fungsi dan kawal selia SPR kepada satu jawatankuasa khas
yang diwakili Ahli Parlimen sebagai langkah memperkukuhkan kewibawaan serta
kredibiliti badan itu.
Reezal,
yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata, kerjasama jawatankuasa itu akan
menghasilkan pelbagai perspektif dan dimensi.
"Dengan
adanya jawatankuasa khas itu, ada kebertanggungjawaban kepada SPR,"
katanya.
"Bagaimanapun,
katanya, sebelum ini 80 peratus tuntutan Bersih dilaksanakan, tetapi masih ada
suara-suara yang tidak berpuas hati.
"Selepas
PRU13, wujud beberapa dakwaan tidak betul. Saya harap dengan adanya
jawatankuasa khas ini, tidak ada sebab meragui ketulusan dan integriti SPR,”
katanya. — Sinar Harian
No comments:
Post a Comment