MICHELLE YEOH DILANTIK MENTOR PERTAMA iM4U
PUTRAJAYA:
Pelakon filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh dilantik sebagai mentor
pertama 1Malaysia For Youth (iM4U).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada Yeoh di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan watikah pelantikan kepada Yeoh di Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Perdana Putra di sini.
Pelantikan
sebagai mentor iM4U adalah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian luar biasa
rakyat Malaysia dalam membangunkan negara dan sebagai model peranan untuk
belia.
Sebagai mentor
iM4U, inisiatif pertama Yeoh ialah bekerjasama dengan iM4U untuk menyusun
kempen bagi menentang jenayah, dengan memberi fokus di kawasan yang mendedahkan
wanita kepada bahaya seperti tempat meletak kenderaan, kawasan berdekatan
stesen LRT dan hentian bas.
"Saya
menjadi amat tidak keruan apabila mendengar tentang wanita, terutama yang
mengalami trauma di tempat meletak kenderaan akibat perbuatan peragut. Kami
akan mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran ke arah menjadikan Malaysia
lebih selamat.
"Sebaik
saja kempen ini bersedia untuk dilaksanakan, kami akan mengumumkannya,"
kata Yeoh kepada pemberita di sini Selasa.
"Tahun
depan, kita ada Tahun Melawat Malaysia dan para belia boleh memberi banyak
bantuan dan menjadikan pengunjung ke negara kita lebih tertarik dengan apa yang
ada di sini dan saya mahu mereka berasa selamat, santai dan gembira,"
katanya sambil menambah bahawa semangat kesukarelaan perlu dipupuk dalam diri
para belia.
Penubuhan iM4U
adalah hasil ilham Najib, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah iM4U,
sebagai wadah untuk belia Malaysia menjalankan kegiatan kesukarelaan dan
pembinaan negara bangsa untuk manfaat masyarakat dan kumpulan sosial. -BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment