KEMATIAN TAHANAN: PEMBANGKANG MEMANG SENTIASA MENGKRITIK KERAJAAN -
EAIC
PUTRAJAYA
—Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Heliliah Mohd
Yusof tidak kisah dengan kritikan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa
mereka gagal melaksanakan tanggungjawab terutamanya melibatkan kes kematian
dalam tahanan.
Agensi
kerajaan itu menerima tekanan daripada pelbagai pihak terutamanya melibatkan
isu kematian 9 orang dalam tahanan polis sepanjang tempoh tahun ini, yang
terbaru adalah melibatkan kematian warga Jepun Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui
tergantung pada palang besi pintu lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya hujung
minggu lalu.
“Mereka berhak
untuk mengkritik... sebuah pandangan adalah tetap pandangan, cuma kita telah
berusaha untuk membolehkan supaya rakyat faham apakah tujuan dan tanggunjawab
suruhanjaya ini,” kata Heliliah (gambar) dalam satu sidang media di ibu pejabat
EAIC di sini.
Menurut
Heliliah, sudah menjadi sikap pemimpin pembangkang sentiasa mengkritik terutamanya terhadap
kerajaan, di samping menegaskan agensi yang diterajuinya adalah bebas dan tidak
dipengaruhi mana-mana pihak.
“Adakah
mana-mana badan yang diwujudkan kerajaan, walaupun dengan tulus ikhlas, pihak
pembangkang akan mengatakan itu adalah digalakkan dan menyokongnya?
“Saya ingin
tegaskan suruhanjaya adalah sebuah agensi bebas walaupun kami mendapat sumber
kewangan daripada Jabatan Perdana Menteri... kami perlu menjawab kepada
Parlimen,” terang beliau lagi.
Tony Pua dari
DAP semalam berkata EAIC dicipta untuk gagal oleh kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan hanya ditubuhkan pada tahun 2011 untuk menenangkan tekanan ke atas
pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
"Perbezaan
antara kedua-dua adalah jelas dalam niat mereka, dengan EAIC ditubuhkan sebagai
harimau tidak bertaring bertujuan khusus melakukan kerja kosmetik menenangkan
permintaan orang ramai untuk IPCMC, disamping memenuhi bantahan lantang
daripada pasukan polis," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara tersebut
dalam satu kenyataan semalam.
Isu kematian
dalam tahanan Kematian telah mencetuskan reaksi negatif pelbagai pihak, malahan
pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) telah mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis
terlibat dengan menangkap mereka, dan bukannya hanya menukar kepada tugasan
pejabat.
No comments:
Post a Comment