PROTON
KELUAR KERETA MAMPU MILIK
JAKARTA, INDONESIA: Proton Holdings Bhd
akan melancarkan kereta mampu milik sejajar langkah kerajaan untuk mengurangkan
harga kereta itu di negara ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Khamil
Jamil, berkata kereta itu yang akan dilancarkan esok adalah berasaskan kepada
model sedia ada Proton, tetapi ditawarkan pada harga kira-kira 10 peratus lebih
rendah.
Beliau menegaskan, walaupun ditawarkan
pada harga lebih rendah, tetapi aspek kualitinya tetap dijaga, malah
ditampilkan peningkatan dari aspek ciri-ciri keselamatan.
"Buat masa ini, saya tidak boleh
dedahkan butiran lanjut. Tunggu pelancarannya Sabtu ini (esok)," katanya
kepada media pada pelancaran PROTON Preve di pasaran Indonesia, semalam.
Tingkat
daya saing vendor
Kerajaan menerusi semakan semula Dasar
Automotif Nasional (DAN) sedang menggariskan pelan hala tuju bagi mengurangkan
harga kenderaan secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus menjelang 2017.
Ia adalah sebahagian daripada langkah
berterusan yang dilaksanakan sebelum ini untuk mengurangkan beban membayar
hutang bagi pembelian kereta yang dianggap antara beban kewangan utama yang
ditanggung oleh rakyat.
Antara elemen penting yang diambil kira
dalam pelan hala tuju itu adalah pelaksanaan liberalisasi industri automotif
Malaysia.
Khamil berkata, PROTON menyahut seruan
kerajaan itu menerusi pelaksanaan mekanisme strategi lebih mapan, pada masa
sama meningkatkan daya saing vendor automotif tempatan.
KD: Bolehlah beli kereta baru..
No comments:
Post a Comment