YANG
MANA SATU REFORMASI BERSIH, PROTES JALANAN @ TRIBUNAL RAKYAT ?
KUALA LUMPUR – Kumpulan reformasi
pilihan raya Bersih 2.0 telah mengakui protes jalanan mungkin hanya cara yang
tinggal untuk memperjuangkan reformasi pilihan raya sekiranya kempen mereka
untuk membersihkan sistem pilihan raya melalui saluran undang-undang menemui
kegagalan.
Pengerusi bersama Datuk Ambiga
Sreenevasan mengatakan bagaimanapun, kumpulan itu akan menggunakan “Tribunal
Rakyat” sebagai platform untuk “meneliti” tuduhan penipuan yang berlaku dalam
Pilihan Raya 2013 dimana hasil penemuannya akan menjadi asas sokongan kepada
kerja reformasi pilihan raya mereka.
“Kita akan jalankan tribunal terlebih
dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider. “Bergantung kepada hasilnya,
kita akan desak reformasi yang relevan. Jika itu gagal, mungkin protes adalah
pilihan yang tinggal.”
Ambiga sebelum ini mengatakan “tribunal
rakyat” akan bertindak sebagai “kuasa moral” untuk menyiasat secara terbuka
pendedahan penipuan didakwa dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Tribunal ini dan penemuannya juga akan
menyokong desakan peletakan jawatan barisan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) selepas dituduh berat sebelah. Bersih dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR)
telah menjadikan ini sebagai syarat utama untuk perbincangan bilateral mengenai
reformasi pilihan raya.
Akan tetapi pentadbiran Najib menegaskan
SPR adalah bebas dan ini dilihat sebagai tidak bersetuju dengan syarat
diberikan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd
Yusof telah mengatakan, suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada desakan
tersebut.
Kebuntuan itu juga boleh memaksa Bersih
dan pembangkang untuk menggunakan demonstrasi jalanan sebagai jalan akhir.
“Perlawanan kami untuk reformasi pilihan
raya akan berterusan. Tribunal Rakyat kami akan diteruskan,” kata Ambiga.
Bersih telah mengadakan tiga protes
besar-besaran. Tindakan keras terhadap demonstrasi, terutamanya terhadap
perhimpunan ketiga, mengundang kutukan dalam dan luar negara kepada pentadbiran
Najib yang kemudiannya menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk melihat tentang
reformasi pilihan raya.
Walaupun langkah itu memberikan harapan
untuk dialog konstruktif mengenai reformasi pilihan raya, kegagalan Putrajaya
untuk melaksanakan sebahagian besar cadangan dibuat oleh jawatankuasa itu
menyebabkan Bersih dan pembangkang memperbaharui perlawanan untuk membersihkan
sistem pilihan raya.
Kempen itu semakin intensif selepas SPR
dituduh melakukan penipuan pada pilihan raya 5 Mei untuk memastikan kemenangan
gabungan Barisan Nasional (BN).
Menurut Ambiga, SPR telah gagal untuk
mempertahankan diri mereka dan menerangkan mengenai penyelewengan besar-besaran
didedahkan dalam perlawanan sengit Pilihan Raya 2013 termasuk kegagalan
mentadbir sistem dakwat kekal untuk menghalang pengundian berulang dan tiada
tindakan terhadap integriti tercemar daftar pemilih.
“Setakat yang saya tahu SPR tidak
menikmati keyakinan orang ramai. Mereka telah gagal untuk bertindak secara
bebas dan gagal dalam melaksanakan proses dakwat kekal secara berkesan.
“Kepentingan proses itu tidak boleh
dipandang rendah. Ia adalah cadangan PSC dan diperkenalkan untuk menggelakkan
pengundian berulang,” katanya.
Pembangkang telah memfailkan lebih 30
petisyen untuk mencabar sesetengah daripada keputusan pilihan raya. Mereka juga
memfailkan saman sivil dalam percubaan untuk menyingkirkan barisan kepimpinan
SPR dan mengelakkan mereka daripada melakukan persempadanan kawasan pilihan
raya akhir tahun ini.
Kawasan pilihan raya tidak seimbang dan
persempadanan semula berat sebelah dilihat sebagai faktor menyebabkan dominasi
BN dan gabungan pemerintah itu turut dilihat sentiasa mendapat keuntungan
setiap kali aktiviti itu dijalankan, kata ahli akademik.
“SPR tidak seharusnya dibenarkan untuk
melakukan aktiviti persempadanan semula. Mereka mencadangkan untuk dilakukan
terhadap daftar pemilih sedia ada yang perlu dibersihkan secara serius. Mereka
telah setakat ini menunjukkan tiada kecenderungan untuk melakukan itu,” kata
Ambiga.– Bernama/The Malaysian Insider
KD: Semuanya serba tak kena...
No comments:
Post a Comment