ISU PETRONAS PERLU PERHATIAN SERIUS
Sinar Harian, 6 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR - Petronas digesa menjelaskan secara terperinci objektif
syarikat itu sama ada meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera atau membuka
perniagaannya secara langsung kepada syarikat asing.
Dr.Dzulkefly Ahmad |
Menurut Pengarah Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkefly Ahmad, penjelasan
tersebut perlu berikutan program
pembangunan vendor (VDP) yang diwujudkan Petronas bagi membantu
syarikat-syarikat Bumiputera, didakwa cuba dilenyapkan secara perlahan-lahan.
“Dalam tahun 2010, ketika Tan Sri Shamsul Azhar mengambil alih
kepimpinan Petronas, masih ada 30 vendor di bawah program VDP yang mempunyai
tenaga kerja sehingga 10,000 yang terdiri dari Bumiputera.Tetapi hari ini,
hanya 11 sahaja yang tinggal,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas,
semalam.
Katanya, kewujudan dua program baharu iaitu Global Frame Agreement (GFA)
dan Master Price Agreement (MPA), dilihat sebagai salah satu punca utama
menyebabkan banyak syarikat tempatan tidak mendapat hak seperti sebelum ini.
Tambah beliau, jika ada dakwaan mengatakan banyak syarikat di bawah VDP
tidak berdaya saing, maka Petronas selaku badan berwajib perlu mencari
alternatif lain menyelesaikan perkara tersebut.
Dalam sidang media yang sama, Felo Penyelidikan Pas, Hafiz Jamal
berkata, program VDP tersebut dilihat kurang berjaya kerana pelbagai
penyelewengan dan ketidaktelusan telah dilakukan oleh Petronas sendiri.
No comments:
Post a Comment