POLIS SEDIA PERTIMBANG JIKA PERLU BEKAL SENJATA KEPADA
PENGUAT KUASA AGAMA
KUALA LUMPUR - Polis sedia menimbang sebarang permohonan pembekalan
senjata api kepada anggota penguat kuasa termasuk jabatan agama yang bertugas
di bahagian kritikal atau berisiko.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis
Diraja Malaysia, Datuk Ayub Yaakob berkata, jika ada keperluan, polis tidak
akan menolak permohonan mereka tetapi ia perlu mengikut prosedur yang
ditetapkan.
Permohonan itu perlu dibuat kepada Ketua Polis Daerah sebelum dibawa
kepada Ketua Polis Negeri dan dikemukakan untuk kelulusan oleh Ketua Polis
Negara.
“Kita faham, tugas mereka sebagai anggota penguat kuasa sentiasa
berdepan dengan risiko. Tidak dinafikan, alat untuk mempertahankan diri seperti
senjata api itu perlu walaupun ia bukan satu-satunya cara (pertahankan diri).
“Memang sebelum inipun, anggota penguat kuasa seperti Kastam dan
Imigresen mengikut prosedur sama. Kita mahu hanya mereka yang benar-benar
memerlukan senjata api memohon dan
anggota itu perlu diberi latihan secukupnya untuk mengendalikan senjata api itu,” katanya
ketika dihubungi Bernama, semalam.
Ayub diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Seri Jamil Khir Baharom supaya anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan
senjata api ketika melakukan operasi.
No comments:
Post a Comment