KES PEMBUNUHAN PEGAWAI AMBANK SELESAI
SHAH ALAM - Pengawal keselamatan yang menembak mati seorang
pekerja Ambank, Norazita Abu Talib, 37, dan merompak wang berjumlah kira-kira
RM450,000 di USJ Sentral 2 pada 23 Oktober lalu diberkas polis semalam, sekali
gus menyelesaikan kes pembunuhan kejam tersebut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk
Hadi Ho Abdullah mengesahkan berhubung tangkapan tersebut.
Beliau berkata, tangkapan suspek utama berusia 37 tahun itu
dibuat di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor pada jam 7 pagi semalam.
"Seorang lelaki dipercayai suspek utama dalam kejadian
samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 melibatkan kematian seorang
kakitangan Ambank ditahan di Kota Tinggi.
"Dengan tertangkapnya suspek utama, kes ini dianggap
selesai," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat serta
kerjasama orang awam yang banyak membantu polis dalam usaha mengesan suspek
utama yang terlibat dalam kejadian.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment