SETIAP NEGERI PERLU
AKTIF SEKAT SYIAH - YADIM
ALOR SETAR - Setiap negeri perlu mengambil peranan aktif menghalang
penularan fahaman Syiah dan menggunakan undang-undang serta enakmen anti-Syiah
terhadap mereka yang terlibat dengan fahaman itu.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Asyraf Wajdi
Dusuki berkata, Syiah merupakan satu fahaman 'politik' yang mempunyai agenda
tersendiri untuk menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam.
Beliau berkata amat membimbangkan, ada tanda awal menunjukkan ahli
fahaman songsang itu cuba menyemarakkan lagi fahaman kepada rakyat negara ini
sekaligus memesongkan akidah mereka terutamanya di kalangan generasi muda.
"Saya sendiri perhatikan dalam Facebook, orang muda sekarang ini
menzahirkan kekaguman mereka terhadap kerajaan Syiah yang dianggap kerajaan
Islam yang berani dan lantang berhadapan dengan Israel.
"Sebenarnya mereka (Syiah) mempunyai matlamat dan agenda
tersembunyi dan lebih besar. Di negara ini kita lihat penganut fahaman Syiah
sanggup memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam. Itu unsur dalam
Syiah," katanya kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Wacana
Pemantapan Akidah di Sri Mentaloon di sini hari ini.
Katanya fahaman itu lahir untuk merebut kuasa dan sanggup menghalalkan
darah umat Islam yang mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Asyraf Wajdi berkata generasi muda kini keliru antara akidah Ahli Sunnah dengan Syiah dan penerangan perlu dilakukan pihak berwajib bagi membolehkannya
difahami agar tidak dipesongkan oleh fahaman Syiah.
Apa yang membimbangkan ahli fahaman Syiah kini berani berdepan dengan
orang ramai tanpa mengira tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka yang
terlibat menyebarkan fahaman terlarang itu, katanya. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment