NAIK GAJI ADUN
SELANGOR: ANWAR TEGUR KHALID
KUALA LUMPUR - Tindakan Kerajaan Negeri Selangor menaikkan gaji Adun
sehingga mencecah 300 peratus turut mendapat teguran Penasihat Ekonomi
Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan mendadak, Anwar
berkata demikian mengulas kenaikan itu
adalah tidak wajar.
"Kita setuju dengan kenaikkan tersebut pada dasarnya sebab sudah
lama tidak dinaikkan. Kita kena teliti supaya jangan lebih banyak tumpu untuk
kenaikan sahaja.
"Sepatutnya kita perlu utamakan bagaimana cara untuk berkhidmat. Saya fikir kenaikkan tu agak
tinggi dari yang diura-urakan," katanya.
Sehubungan itu katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
perlu memberikan penjelasan secara terperinci.
"Saya minta untuk dia (Khalid) beri penjelasan kepada media apa
asasnya (kenaikan gaji) dan teliti semula," ujarnya.
Bagaimanapun ketika ditanya berkenaan kenaikan itu sama ada berlaku
desakan daripada mana-mana pihak, Anwar berkata kenaikan itu hnaya mengambil
kira kerana tempoh yang lama tidak dinaikkan gaji terhadap pimpinan negeri itu.
"Memang kenaikkan di semua negeri pernah dibangkitkan, tapi tidak
ada perbincangan dengan teliti bagi mempertimbangkan dan menelitinya.
"Kalau dibandingkan dengan gaji kawasan Parlimen lain lebih rendah.
Sebagai contoh, tengok pejabat Ketua Pembangkang, semua 32 pegawai ada di
situ," kata beliau.
Semalam, usul kenaikan gaji Adun, Exco, Speaker, Timbalan Speaker dan
Menteri Besar diluluskan menerusi Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan
Ahli Dewan Negeri (Saraan) 1980 yang dibacakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid
Ibrahim pada sidang Dun.
Gaji dan elauan bulanan pimpinan Selangor itu dinaikkan antara 87
peratus hingga 373 peratus bermula Januari tahun depan.
Kali terakhir gaji dan elaun dipinda pada 2011, tetapi hanya membabitkan
kenaikan Adun seanyak 46 peratus, iaitu daripada RM4,112.79 kepada RM6,000.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment