Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

HELAH PEMBANGKANG ALIH PANDANGAN RAKYAT

KUALA LUMPUR - Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah dilihat sebagai strategi mengalih perhatian rakyat selepas turut dikaitkan dengan insiden tersebut.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, pembangkang juga cuba mengambil peluang memperkecilkan kemampuan negara menangani isu itu termasuk dalam penggunaan pesawat komersial bagi menghantar pasukan keselamatan ke Sabah.

Bagaimanapun, menurut beliau, rakyat hari ini sudah semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan strategi pembangkang yang hanya bermatlamat memburuk-burukkan kerajaan.

"Inilah kualiti pembangkang di negara ini, sering kali meletakkan kesalahan terhadap kerajaan tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan serta tidak memikirkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara. -Utusan Online

Friday, March 8, 2013

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: KOMEN TIAN CHUA ‘UMPAMA ANJING MENYALAK BUKIT’

KUALA LUMPUR: Tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai konspirasi terancang UMNO bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan diibaratkan seperti ‘anjing menyalak bukit’.

Presiden Kumpulan Tentera Tidak Berpencen (KVTTB), Mohd Sabri Abd Malek, berkata tindakan itu hanya sia-sia kerana ia hanya menambahkan kebencian rakyat kepada parti pembangkang.

“Perhitungannya ternyata silap. Kenyataan berbaur hasutan yang dibuat bagi meraih simpati politik murahan itu bukan saja tidak berjaya mempengaruhi malah menimbulkan kebencian rakyat kepadanya.

“Mengeluarkan kenyataan sedemikian membuktikan beliau tidak menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang bermati-matian mempertaruhkan nyawa mempertahankan keamanan negara,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mohd Sabri berkata Tian Chua juga tidak layak digelar pemimpin kerana seorang pemimpin yang benar-benar layak tidak akan mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seumpama itu.

“Kenyataan beliau seolah-olah menghina tugas dan kredibiliti anggota keselamatan yang disanjung tinggi bukan saja di negara ini malah luar negara.

“Bukan saja hendak memijak lobi Putrajaya malah menghidu bau harum bunga di Putrajaya juga mereka (pembangkang) tidak akan mampu kerana kepercayaan rakyat terhadap mereka sudah hilang,” katanya.–BHarian

KD: Itulah..kerana pulut santan binasa…

PENCEROBOHAN LAHAD DATU: TIAN CHUA SALAHKAN KEADILAN DAILY


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua menyalahkan laman berita rasmi partinya, Keadilan Daily yang didakwa mengolah kenyataannya pada Jumaat lalu, berhubung isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mempertahankan dirinya dengan menegaskan beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi terancang UMNO seperti dilaporkan laman berita berkenaan.

“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” Tian Chua, Naib Presiden PKR

Tidak bertanggungjawab

Tian Chua berkata, beliau tidak bertanggungjawab ke atas olahan penulisan artikel yang dibuat pengarang berita Keadilan Daily sebaliknya hanya bertanggungjawab berhubung beberapa petikan ayat yang dinyatakannya sewaktu dihubungi wartawan portal berkenaan.

“Pada pagi Jumaat lalu, saya dihubungi wartawan terbabit untuk komen mengenai pencerobohan di Lahad Datu ketika ada berita antarabangsa melaporkan berlaku tembakan (Lahad Datu).

“Ketika itu, saya secara jelas menyatakan perkara ini belum ada kesahihan dan ada media ‘black-out’ di Malaysia,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini semalam.

Dakwa konspirasi UMNO

Jumaat lalu, menerusi tajuk laporan “Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno-Tian’, Keadilan Daily melaporkan Tian Chua sebagai berkata, kejadian di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mengecam dan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua di samping mengingatkan pemimpin kanan PKR terbabit supaya jangan memperkotak-katikkan pengorbanan wira yang menjaga kedaulatan, keselamatan serta keamanan tanah air.

Tian Chua turut mengesahkan pada Isnin lalu beliau menerima surat tuntutan daripada peguam UMNO, Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak supaya memohon maaf kepada parti berkenaan berhubung isu terbabit.

Serah pada peguam

“Di sini, saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan menghina mana-mana pihak termasuk pasukan keselamatan negara. Saya serah kepada mahkamah untuk membersihkan nama saya, menerusi peguam yang bakal dilantik dalam tempoh terdekat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Editor Suara Keadilan, Fazallah Pit berkata, Tian Chua tidak ‘serang’ laman berita terbabit sebaliknya sekadar memberi penjelasan berhubung artikel yang disiarkan. –BHarian

KD: Baling batu sembunyi tangan..