KUALA
LUMPUR: Tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang menyifatkan insiden di Lahad
Datu, Sabah sebagai konspirasi terancang UMNO bagi menimbulkan kebencian rakyat
terhadap kerajaan diibaratkan seperti ‘anjing menyalak bukit’.
Presiden Kumpulan
Tentera Tidak Berpencen (KVTTB), Mohd Sabri Abd Malek, berkata tindakan itu
hanya sia-sia kerana ia hanya menambahkan kebencian rakyat kepada parti
pembangkang.
“Perhitungannya
ternyata silap. Kenyataan berbaur hasutan yang dibuat bagi meraih simpati
politik murahan itu bukan saja tidak berjaya mempengaruhi malah menimbulkan
kebencian rakyat kepadanya.
“Mengeluarkan
kenyataan sedemikian membuktikan beliau tidak menghargai pengorbanan anggota
keselamatan yang bermati-matian mempertaruhkan nyawa mempertahankan keamanan
negara,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Mohd Sabri
berkata Tian Chua juga tidak layak digelar pemimpin kerana seorang pemimpin
yang benar-benar layak tidak akan mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab
seumpama itu.
“Kenyataan
beliau seolah-olah menghina tugas dan kredibiliti anggota keselamatan yang
disanjung tinggi bukan saja di negara ini malah luar negara.
“Bukan saja
hendak memijak lobi Putrajaya malah menghidu bau harum bunga di Putrajaya juga
mereka (pembangkang) tidak akan mampu kerana kepercayaan rakyat terhadap mereka
sudah hilang,” katanya.–BHarian
KD: Itulah..kerana pulut santan binasa…
No comments:
Post a Comment