Bangi:
Bekas Panglima Markas Medan Tentera Darat, Datuk Seri Zaini Mohamad Said yakin
kumpulan pengganas asing yang menceroboh Sabah didukung kuasa asing yang
mempunyai niat menghuru-harakan negara bagi kepentingan tertentu.
Beliau yang
digelar Panglima Sauk susulan kejayaan menumpaskan kumpulan Al-Maunah di Bukit
Jenalik, Sauk, Perak pada 2000, berkata berdasarkan pengalamannya selama 26
tahun dalam pasukan gerak khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kumpulan
penceroboh itu memang dilatih dan diberi perlindungan oleh kuasa luar.
Zaini
berkata, sejak kes pencerobohan di Lahad Datu pada awal Februari itu, terlalu
banyak petunjuk yang menjurus kepada campur tangan pihak tertentu.
Cukup kenal pengganas
“Fikirkan
secara logik, kenapa berlaku sekarang ketika Malaysia bersiap menghadapi
pilihan raya. Kenapa mereka tidak melakukannya sebelum ini atau selepas pilihan
raya. Kedua, dari mana mereka dapat sumber cukup banyak untuk masuk ke Sabah.
“Saya cukup
kenal mereka (kumpulan pengganas), tapi jangan tanya bagaimana saya kenal.
Secara asasnya, mereka cukup miskin, hidup pun susah. Bagaimana nak tanggung
kos sewa atau beli bot laju angkut lebih 200 orang ke perairan negara,”
katanya.
Beliau yang
menyampaikan ceramah umum ‘Campur Tangan Asing: Ancaman Keselamatan Negara’ di
Bandar Baru Bangi, malam tadi, berkata usaha untuk menggulingkan kerajaan
termasuk di Malaysia memang sudah lama berlaku dan ketika ini, gerakan itu
banyak berselindung di sebalik gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibiaya
dana asing.
Bahkan,
baru-baru ini, Zaini mengaku, beliau sendiri menerima risalah daripada NGO
tertentu yang memberikan panduan bagaimana menjatuhkan kerajaan dan perkara itu
tidak boleh dipandang remeh.
“Saya
sendiri dilatih di Amerika Syarikat pada 1970-an dalam bidang perang gerila,
sabotaj dan letupan. Pergerakan mereka (kumpulan pengganas) memang menyamai
corak latihan ala-Amerika, mahir taktik gerila dan susah nak lawan,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment