TANJUNG
KARANG: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar
menyelar tindakan Kerajaan PKR Selangor yang mahu mengambil alih Syarikat
Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana dilihat sebagai gimik politik.
Katanya,
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sengaja melewat-lewatkan proses
pengambilalihan itu termasuk dikatakan tidak mengemukakan permohonan dengan
lengkap selain banyak maklumat dalam borang permohonan tidak dinyatakan dengan
jelas.
"Saya
dimaklumkan permohonan yang dibuat itu tidak lengkap. Saya hairan kerana Khalid
sebagai Menteri Besar serta pernah dianggap sebagai tokoh korporat, seolah-olah
tiada pengalaman mengisi borang.
"Ia
seolah-olah satu helah untuk melengah-lengahkan dan gimik politik. Dulu kata
mahu bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Chap Goh Mei, sekarang sibuk
pula pasal SYABAS.
"Kerajaan
Pusat sejak dulu lagi menegaskan tiada halangan jika kerajaan negeri mahu
mengambil alih SYABAS," katanya.
Beliau
berkata demikian selepas merasmikan bangunan pertama Klinik 1Malaysia di
Tanjung Karang, di Kampung Parit 2, Ban 4, Sungai Burong.
Sementara
itu, Khalid dalam kenyataannya lewat petang semalam menegaskan, kerajaan negeri
sedia menimbangkan untuk mengambilalih SYABAS terlebih dulu kerana syarikat itu
adalah pengedar tunggal bekalan air bersih di Selangor. -BHarian
KD: Hangat-hangat tahi ayam??
No comments:
Post a Comment