Seramai 32
pemberontak Sulu telah dibunuh sejak semalam, membawa jumlah keseluruhan
kematian dikalangan penceroboh bersenjata warga Filipina di Sabah sebanyak 52
orang, kata pihak berkuasa hari ini.
Panglima
Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin juga berkata serangan udara
pada Selasa lalu ke atas kawasan persembunyian penceroboh Sulu di Kampung
Tanduo bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa, sebaliknya untuk “meneutralkan”
pihak musuh supaya pasukan keselamatan dalam masuk tanpa sebarang tentangan.
“Serangan
udara bukan bertujuan untuk membunuh,” kata Zulkifeli semasa sidang media
bersama dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar hari ini.
“Jumlah
keseluruhan musuh yang telah terkorban adalah sebanyak 52,” kata Ismail.
Ismail
menambah pasukan keselamatan telah menembak 31 penceroboh Sulu bersenjata di Kampung
Tanjung Batu semalam dan seorang di kampung Tanduo pagi tadi.
Lapan
anggota polis Malaysia terkorban awal minggu ini disini dan Semporna,
menjadikan jumlah kematian keseluruhan 60 orang pada ketika ini.
Ismail juga
berkata jeneral Sulu antara individu yang terkorban.
Namun,
beliau menambah tidak dapat mengesahkan sama ada ketua kumpulan penceroboh
Agbimuddin Kiram antara mereka yang terkorban.
Zulkifeli
berkata penceroboh bersenjata warga Filipina di Kampung Tanduo telah dikepung
dalam kawasan yang kecil.
“Sesetengah
juga bersembunyi,” tambah beliau, sambil mengakui operasi untuk mengusir baki
penceroboh akan “memakan masa”.
Ismail
berkata penceroboh Sulu juga telah bergerak ke Kampung Tanjung Batu, yang mana
jaraknya antara empat ke lima kilometer persegi.
Beliau juga
berkata terdapat “sebilangan” penceroboh Sulu juga menghilangkan diri.
Piha
berkuasa juga mengakui permukaan berbukit dan hutan tebal sekitar ladang kelapa
sawit Felda Sahabat disini dimana para penduduk ditempatkan, antara kesukaran
yang dihadapi untuk memburu penceroboh bersenjata tersebut.
Perdana
Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menolak gencatan senjatan hari ini untuk
menghentikan pertempuran yang hampir masuk sebulan dengan penceroboh askar
mengakui tentera Kesultanan Sulu yang telah menyebabkan kematian 28 orang,
sebaliknya mengarahkan mereka menyerah diri tanpa syarat.
Beberapa
penduduk yang menetap di dewan masyarakat Embara Budi disini sejak kumpulan
penceroboh mendarat di Kampung Tanduo pada 9 Februari lalu melahirkan hasrat
untuk pulang ke rumah mereka secepat mungkin.
Pengikut
kesultanan Sulu sebelum ini mengakui kesediaan mereka untuk mati di Sabah bagi
menuntut tanah yang didakwa mereka milik kesultanan tersebut. -The Malaysian
Insider
No comments:
Post a Comment