Wednesday, March 7, 2012

MALAYSIA NEGARA PALING SELAMAT

utusanjohor@utusan.com.my


KULAIJAYA 6 Mac - Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.


Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26.


Semoga pengiktirafan ini akan menaikkan semangat & jati diri rakyat Malaysia agar terus hidup dalam suasana yang muhibbah dan bersatu. 
PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012

Makluman dari Media Cuepacs:


Perhimpunan penjawat awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

                                  Tarikh : 8 Mac 2012

                                  Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

                                  Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B 
                                                 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)



Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hari bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

Tuesday, March 6, 2012


DAUN KETUM ~ HERBA PENAWAR DIABETES PALING MUJARAB??

Sumber: http://ubatdiabetes.blogspot.com/2009/05/herba-penawar-diabetes-paling-mujarab.html

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom) atau nama saintifiknya Mitragyna speciosa adalah , ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Daun ketum sebagai herba

Sememangnya ia diakui herba yang mempunyai khasiat untuk melancarkan perjalanan darah dan penawar sakit urat. Minum air ketum telah dijadikan amalan orang tua dulu dulu, tetapi amalan dan pengetahuan khasiat air ketum mula dilupai. Namun khasiat daun ketum sebagai penawar diabetes adalah tidak begitu dikenali seperti herba mas cotek dan misai kucing. 


Sekarang ini Daun ketum lebih popular dengan isu negatif - air rebusan daun ketum telah di salah guna sebagai minuman ketagihan. Tapi bezanya air ketum yang mengkhayalkan adalah telah dicampur dengan bahan bahan asing seperti ubat nyamuk malah ada perkatakan tahi lembu adalah salah satu ramuan untuk mendapatkan "kick" atau kepekatan yang amat tinggi.

Berdasarkan pengalaman mengurus dan mengawal penyakit kencing manis yang dihidapi oleh ayah saya dapati daun ketum adalah yang paling mujarab diantara herba ubatan alternative yang dicuba dalam mengawal kadar gula dalam darah. Herba lain mungkin punyai kelebihan dengan cara tindak balas yang berlainan, tapi daun ketum amat mujarab dalam mujarab dalam menurun kadar gula darah dalam masa yang cepat. Kemampuan untuk menurunkan kadar gula dalam darah secepat mungkin adalah penting terutama untuk pesakit yang mengalami luka dan kebengkakan (diabetes feet) untuk membantu pemulihan tisu dan mencegah jangkitan (infection).

Terdapat 2 jenis daun ketum yang boleh dibezakan melalui warna daun, bentuk kedua daun adalah lebh kurang sama. Satu adalah yang berwarna hijau dan satu lagi mempunyai tulang daun berwarna merah yang boleh dilhat jelas di belakang daun. Spesies berwarna belang merah ini dikatakan lebih berkhasiat dan mujarab.

Testimoni
     Pengambilan pertama segelas air rebusan daun ketum pada waktu malam dan kadar gula  
     pada paras 9.1 pada keesokan harinya menunjukkan penurunan kadar gula yang banyak.  
     Ujian pada waktu pagi selepas sarapan menunjukkan kadar gula pada paras 5.7

Penyediaan
    Rebus 7-8 helai daun ketum untuk 2 liter air, minum rebusan air tersebut sebanyak 3 kali 
    sehari. Baki air ketum hendaklah dipanaskan dari masa ke semasa. Air rebusan yang telah  
    masam dan berbuih tidak lagi boleh digunakan dan hendaklah dibuang.

Akhir sekali, daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang.



2 jenis daun ketum sebelah kanan adalah jenis yg lebih bermanfaat, pandangan sebelah bawah daun ketum dengan jalur daun berwarna merah. daun ketum sawah/ baruh adalah berwarna hijau keseluruhannya.




MURID TAHUN SATU TRAUMA DIBULI

SEREMBAN 5 Mac– Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.

Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.

Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.

SUZIANAWATI menunjukkan kesan-kesan lebam pada belakang tubuh Faqrul yang didakwa dipukul murid senior. Sumber: Utusan Malaysia


Apa cerita pulak ni?? Tak habis-habis dengan ISU BULI DI SEKOLAH!!! Apakah sekolah bukan lagi tempat yang selamat untuk anak-anak kita?  Dalam hal ini, siapa yang harus dipersalahkan? Ibu bapa pastinya menyalahkan pihak sekolah, manakala pihak sekolah pula pasti sudah 'tidak menang tangan' mengawal insiden sebegini. Jadi, apakah jalan penyudahnya??!!!

Monday, March 5, 2012

 MAS @ AIR ASIA??

Tun M Saran MAS Belajar Daripada Airasia

Tun M Saran MAS Belajar Daripada Airasia

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Malaysia Airlines (MAS) supaya mengkaji langkah-langkah pengurangan kos dan struktur pengurusan AirAsia bagi membolehkannya kembali mencatat keuntungan.

Kini adalah peluang terbaik untuk mengkaji dan melihat mengapa syarikat penerbangan nasional itu terjerumus ke dalam krisis fiskal sedangkan syarikat penerbangan tambang rendah itu dapat membuat keuntungan, kata bekas Perdana Menteri itu kepada Bernama.


Errmmm... menarik jugak idea/nasihat dari Tun M nie. Rasanya tak salah pihak MAS mempertimbangkan usul dari tokoh tersohor negara ni. Tun M kan 'orang lama' yang sememangnya 'otai' berhubung isu ekonomi. JAdi, tak salah mencuba kan??


PRU-13???

"TENGAH TAHUN PALING SESUAI"


KUALA LUMPUR 4 Mac - Kemungkinan    
Pilihan Raya Umum Ke-13 akan diadakan pada pertengahan tahun ini adalah tidak  
mustahil dengan kelebihan yang kini jelas 
memihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).


Bagaimanapun, menurut Geostrategis 
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Azmi Hassan, terdapat beberapa perkara yang terlebih dahulu perlu diberi perhatian oleh kerajaan BN sebelum pilihan raya umum   
diadakan.


Sumber: Utusan online

Hah.. tak sabar rasanya nak mengundi.. sebagai orang muda (yang tak seberapa muda), Kias Delima memang tertunggu-tunggu untuk mengundi.. yelah 4 tahun sekali kan?? memang rasa teruja.. 


Tapi, ini cuma pandangan yang diutarakan oleh pakar politik. Pihak kerajaan belum lagi membuat keputusan muktamad. Jadi, kenalah tungguuuu....


Apa pun, sebelum menjelang hari penting itu tiba, apakata kita semak dahulu di daftar pemilih. Di bawah ini adalah contoh webpage SPR. Anda boleh melayari webpage SPR, atau mengakses melalui SMS.


Klik di sini untuk Semak Daftar Pemilih di SPR 

Semak Daftar secara SMS

ikuti langkah dibawah ini :-
.
Untuk Semakan Taip : SPR SEMAK NO.IC
Contoh : SPR SEMAK 821220122222
Hantar Ke : 15888


.

Friday, March 2, 2012


PUTRAJAYA, BANGI BERGELAP 2 JAM



PENCAWANG Tenaga Nasional Berhad di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi yang terbakar dan meletup menjadi punca beberapa kawasan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi terputus bekalan elektrik malam tadi. Sumber: Utusan Malaysia, 2 Mac 2012
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Black out.. kesian orang Putrajaya...