Tuesday, April 3, 2012


INJUKSI 8 PENEROKA DITOLAK


Akhbar-akhbar perdana negara menyiarkan laporan bahawa Mahkamah Tinggi Kuatan telah menolak permohonan injunksi oleh lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan menolak injunksi tersebut dengan kos yang akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar.

Peguam Mohd. Haris Abdullah yang mewakili kumpulan peneroka itu ketika ditemui pemberita berkata, permohonan tersebut ditolak atas beberapa sebab antaranya ialah Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF yang dibuat pada 22 Februari lalu hanya satu perbincangan dan bukan satu keputusan.

KD: Apakah benar permohonan injuksi ini adalah salah satu cubaan pembangkang menggunakan 8 peneroka terbabit bagi menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada melupuskan ekuiti dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH)?

KD: Apakah juga pembangkang akan kecewa dengan keputusan ini?

Walau apapun, keputusan bagi kes ini telah dibuat. Ia menandakan penyenaraian FGVH di bursa Malaysia bakal menjadi kenyataan sedikit masa lagi. 




CHANGE BEARING FRUIT

.Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last night spoke of the encouraging results of the various transformation programmes and asked Malaysians to see them through to help the country attain Vision 2020.
In a televised speech marking his three years in office, the prime minister said the government could deliver on its promises and was responsible and trustworthy.
With just eight years to go, he said, the country needed a competent “driver” to guide the nation safely towards achieving its 2020 target.

BANJIR KILAT DI KL = KESESAKAN MELAMPAU!!


TRAFFIC
2 APRIL 2012: Pada awal pagi semalam, beberapa laluan utama menuju ke ibu negara mengalami kesesakan teruk pagi ini akibat banjir kilat dan kemalangan kecil berikutan hujan lebat.


Antara kawasan yang mengalami kesesakan ialah Lebuhraya Persekutuan, Jalan Lingkaran Tengah 2, Lebuhraya Sungai Besi dan Duta-Ulu Kelang Expressway.


Kesesakan itu juga berpunca daripada penutupan Terowong Stormwater Management And Road Tunnel (SMART) bermula pukul 7 pagi tadi. Penutupan itu bagi membolehkan air banjir disalurkan ke terowong tersebut untuk mengatasi banjir kilat di beberapa laluan termasuk di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan Jalan Jelatek di Keramat.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ribut petir dan hujan lebat di beberapa tempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor termasuk di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat akan berterusan sehingga tengah hari ini.

KD: Hairan dan keliru dengan kewujudan dan fungsi  terowong SMART. Rasanya, sejak ia wujud masalah banjir di ibu kota bukan sahaja tidak berubah, malah boleh dikatakan semakin teruk! Pengguna dan kenderaan pula semakin bertambah, pastinya masalah ini menggangu-gugat kelancaran perjalanan mereka.

Monday, April 2, 2012


SHOULD MALAYSIA SAVE MORE OR LESS?

By Steven CM Wong | steve@isis.org.my
 
.
Is savings a curse or a blessing? Looking at how major economies are desperately trying to boost consumption growth and avoid recession through cheap money policies, one could be forgiven for thinking it is the former rather than the latter.
Cheap money, that is low interest rates, makes savings unrewarding. It also threatens to penalise savers when inflation starts to edge upwards by reducing real purchasing power.
So, why are there these disincentives to savers? I think there are at least three reasons.
FIRST, rising interest rates threaten the health of the financial sector. In an age where financial institutions reign supreme, this not only threatens to choke off economic activity but also an industry that is a powerful growth-driver in its own right.
SECOND, many governments are constrained by what they can spend. Financial markets generally view rising government deficits as evidence of fiscal irresponsibility. Many democratic ones also find great difficulties in getting their government spending plans passed by their legislatures.
THIRD, with governments unable to run large deficits, and with private investors spooked by the great uncertainties and volatility, boosting consumption and reducing savings is an easy way out. If income is not consumed, it is obviously saved.
It is blazingly obvious that the most troubled economies today are the ones that save too little rather than too much. Mediterranean European countries (but also the United States) have debt problems, which they hope to cure with even more debt.

So, should Malaysia save more or less? 

KD: Savings are needed to finance growth. But the economist will note that if everyone saves more, overall spending may go down. Whatever it is, personal savings is important... because a little bit is better than nothing..

PTPTN

Isu PTPTN kembali menjadi topik perbualan dan perdebatan, bukan sahaja cakap-cakap kedai kopi malah boleh dikatakan telah menjadi isu negara. 


Keseriusan isu ini makin ketara berikutan ada pihak yang mahu mengadakan demo pada 14 April nanti, bersama tuntutan agar perbadanan ini dimansuhkan. 


Apakah kewajaran, pro dan kontra jika PTPTN dimansuhkan? Jangan hanya bertanya kepada para peminjam yang begitu ghairah ingin berdemo, tetapi tanyalah ibu bapa, penjaga serta 'penanggung beban'yang sebenarnya menjadi penyalur kewangan   pengajian.


KD: x sokong demo, tp sokong mansuhkan caj perkhidmatan..

Sunday, April 1, 2012



LETUPAN BOM DI THAILAND, 27 RAKYAT MALAYSIA CEDERA

Serangan bom di Thailand di sebuah hotel di bandar ini selepas letupan bom yang menggegarkan pekan Yala dan Pattani di wilayah Selatan Thailand, membunuh lima orang termasuk seorang warganegara Malaysia.


Rakyat Malaysia telah dikenal pasti sebagai Low Thian Hock, 46, dari Kulim.Walau bagaimanapun, masih terdapat laporan yang tidak disahkan menurut stesen televisyen PBS Thai bahawa dua lagi pelancong Malaysia mungkin terbunuh.
27 rakyat Malaysia juga antara 300 hingga 400 orang yang cedera dalam serangan bom ini.Ketua Polis Thailand Preawpan Damapong kemudiannya mengesahkan bahawa letupan di hotel 33 tingkat, Lee Garden Hotel yang pada mulanya dipercayai disebabkan oleh kebocoran gas, sebenarnya disebabkan oleh bom kereta.

Datuk Bandar Haadyai, Prai Pattano berkata bom itu terletak di tingkat bawah tanah hotel.

Serangan bom yang berlaku hanya beberapa minit selepas letupan Yala, datangnya dari kereta yang diletak di tingkat B2 Hotel Lee Garden , menyebabkan silinder gas di dapur dan stor di tingkat atas outlet makanan segera meletup.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan berkata setakat ini, hanya seorang rakyat Malaysia telah disahkan terbunuh dalam serangan itu.”Sepuluh rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan itu telah dimasukkan ke wad di Hospital Haadyai manakala 17 yang lain menerima rawatan pesakit luar,” katanya.

Rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan di Lee Garden Plaza Hotel pada Sabtu, kira-kira pukul 1.00 petang telah terperangkap di dalam bangunan itu selama kira-kira dua jam, tambah Mohd Aini.Tiga letupan bom berasingan di Yala, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan lebih daripada 100.

Beberapa rumah kedai berhampiran tapak letupan telah terbakar manakala kereta dan motosikal telah rosak akibat letupan kuat.Mengenai insiden di Haadyai, rakyat Malaysia Irwan Ahmad Rejab, 30, berkata dia baru sahaja meninggalkan hotel dan mahu ke Songkhla bersama isteri, tiga orang anak dan ibu apabila dia mendengar letupan itu.

“Saya menyuruh pemandu berpatah balik untuk melihat apa yang berlaku. Apabila saya sampai di hotel saya, saya melihat kaca bertaburan di sepanjang jalan dan suasana kecoh anggota polis dan kakitangan perubatan di mana-mana.

“Nasib baik saya keluar 30 minit lebih awal. Saya sukar untuk berfikir apa yang akan berlaku kepada saya dan keluarga saya jika kita masih di dalam bilik, “kata penjawat awam dari Kajang, Selangor.

Seorang lagi rakyat Malaysia, yang mahu dikenali hanya sebagai Lim, 43, dari Pulau Pinang, berkata dia berada di sebuah kuil berdekatan dan berdoa apabila mendengar letupan itu.

“Saya sepatutnya meninggalkan Haadyai dalam beberapa hari lagi tetapi sekarang saya mahu kembali secepat mungkin,” katanya.

Bangunan itu telah dikepung oleh pihak polis.mstar

KD: Elak ke sana..
SSM 2012 - JOM KIRA GAJI BARU !!!

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 berkenaan kenaikan gaji pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia telah dikeluarkan laman web JPA. Berikut adalah link yang boleh dirujuk :


KD: Bulan depan mesti banyak SALE!!