Showing posts with label GTP. Show all posts
Showing posts with label GTP. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

GTP TERUS BERI MANFAAT KEPADA RAKYAT

KUALA LUMPUR - Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang memasuki fasa kedua pelaksanaannya tahun ini, terus memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Tidak dinafikan selepas tiga tahun kerajaan memulakan inisiatif GTP, rakyat turut merasai kesan daripada pelaksanaannya, apatah lagi tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk NKRA menangani Kos Sara Hidup rakyat, yang terkandung dalam program berkenaan, sememangnya disasarkan kepada mereka.

Kerajaan membelanjakan RM2.34 bilion untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak diperkenalkan akhir 2011 dan memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat atau hampir 25 peratus daripada jumlah penduduk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, Oktober lepas, berkata pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluas kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah pula diteruskan mulai Januari 2013 dengan peruntukan RM540 juta.

Kerajaan juga meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan prauniversiti dengan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.

Dari segi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memperkasa sistem pendidikan negara secara berterusan supaya dapat  meningkatkan daya saing negara pada peringkat global.

Memuji Malaysia bagi insiatif itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) Dr Irina Bokova berkata PPPM yang dilancarkan pada September juga menjadikan Malaysia sebagai contoh baik dan ia boleh diaplikasi serta berguna untuk negara anggota Unesco yang lain.

Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014, kerajaan menyediakan peruntukan RM450 juta di bawah NKRA Pengurangan Jenayah dan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkan bagi pembelian 1,000 unit motosikal 250cc untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM akan menumpukan usaha membanteras jenayah khususnya di kawasan perumahan yang melibatkan kerjasama rakyat di bawah Kempen 1Aman.

NKRA Membanteras Rasuah pula dilihat mencapai sasaran melebihi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan apabila Forum Ekonomi Dunia (WEF), dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2013-2014, menyenaraikan Malaysia sebagai negara pada kedudukan ke-33 bagi Indeks Etika dan Rasuah daripada 148 negara.

Selain itu, menurut Transparency International Malaysia (TI-M), kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bertambah baik, iaitu dari tempat ke-54 tahun lepas ke-53 tahun ini, dengan mata CPI bergerak satu tangga daripada 49 ke 50.

Kerajaan membelanjakan RM145 juta untuk projek pembangunan infrastruktur asas luar bandar bagi GTP 2.0 dan daripada jumlah itu, RM137 juta diperuntukkan untuk program Kampung Abad ke-21 dan Desa Lestari, manakala RM8 juta untuk Program Ladang berskala besar bagi kampung-kampung di luar bandar.

Sasaran kerajaan tahun ini adalah untuk membina sepanjang 441 kilometer (km) jalan luar bandar dan menambahbaik sepanjang 730 km jalan luar bandar dalam program penyelenggaraan luar bandar.

Selain itu, kerajaan akan menyediakan bekalan air kepada 24,000 buah rumah dan penyediaan bekalan elektrik kepada 19,811 buah rumah luar bandar di seluruh negara.

Projek Rimbunan Kasih (PRK), satu program transformasi kerajaan bagi memajukan masyarakat luar bandar, adalah bukti kerajaan membela nasib rakyat untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

Projek bersepadu termasuk di Terengganu, Perlis, Sabah dan Pahang itu menggabungkan perumahan dan projek pertanian yang didirikan di kawasan seluas 12 hektar bagi menempatkan kira-kira 100 keluarga berpendapatan rendah dan asnaf.

Malaysia juga diyakini boleh menjadi hab industri lokomotif rantau Asia dengan pembukaan kilang lokomotif dan gerabak di Perak, di bawah projek pembangunan kejuruteraan dan teknologi maju rel Malaysia.

Kilang yang dibuka syarikat Kumpulan CSR dari China itu menjanjikan 800 peluang pekerjaan awal di bawah pelaburan fasa pertama sebanyak RM400 juta. – Bernama


Sumber: Sinar Harian

Wednesday, March 20, 2013

INTIPATI UCAPAN PM SEMPENA PELANCARAN LAPORAN TAHUNAN PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA (GTP)

Berikut adalah intipati ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Laporan Tahunan Program Transformasi Negara:
 * Sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai.

* Pendapatan Negara Kasar per kapita meningkat daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada 2012.

* Pendapatan isi rumah bulanan purata Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.

* Kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada 2012.

* Kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012.

* Kerajaan memperuntukkan RM2.34 bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk lebih enam juta rakyat.

* Baucer Sekolah 1Malaysia berjumlah RM524 juta beri manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.

* Baucer Buku 1Malaysia manfaat lebih 390,000 pelajar dengan peruntukan lebih RM97.5 juta.

* Kerajaan peruntuk RM37.8 bilion biayai pelbagai subsidi untuk tanggung kos kehidupan seharian rakyat.

* Lebih 100,000 orang berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program e-Kasih.

* Kerajaan tawar lebih 100,000 unit kediaman mampu milik kepada rakyat. 

* NKRA telah menambah baik kesejahteraan hidup hampir empat juta penduduk
luar bandar.

* Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International letakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik daripada tahun lepas.

* Sejumlah 260 daripada 400 kes rasuah yang dibicarakan, telah diselesaikan tahun lepas.

* Kadar jenayah dikurangkan sehingga 27 peratus dalam tempoh tiga tahun.

* Hampir 50 juta pelancong melawat Malaysia pada 2011-2012 dengan Pendapatan Negara Kasar hampir RM100 bilion.

* Eksport sektor kandungan dan infrastruktur, komunikasi dan industri kreatif catat RM547 juta.

* Malaysia boleh capai status negara berpendapatan tinggi, mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal dari dijangkakan.

* Kuasa beli rakyat Malaysia kini hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.

* Sumbangan Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan lebih 400,000 peluang pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.

* Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013.

* Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing menurut laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.

* Malaysia diletakkan sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung asing dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

* Pengiktirafan global kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakarsa GTP dan ETP.

* Bantuan Rakyat 1Malaysia dijadikan inisiatif tahunan.

– BERNAMA/http://mynewshub.my

Wednesday, February 20, 2013

PELAKSANAAN GTP 2 TANGKIS PERSEPSI NEGATIF

SUNGAI PETANI  – Langkah mengurangkan kadar jenayah di bawah Program Tranformasi Kerajaan(GTP) 2 yang dilaksanakan mulai tahun ini  akan menangkis persepsi negatif masyarakat terhadap tahap keselamatan di dalam negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, GTP 2 merupakan kesinambungan daripada GTP 1 yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan jenayah.

Abu Seman berkata pengurangan indeks jenayah di bawah GTP 1 pada tahun lalu, berjaya melepasi sasaran iaitu 7.6 peratus berbanding sasaran 5 peratus manakala pengurangan jenayah jalanan sebanyak 41.3 peratus pula menghampiri sasaran 45 peratus.

“Daripada segi angka, penurunan ini membuktikan bahawa kita berjaya merealisasikan matlamat untuk mengurangkan kadar jenayah, bagaimanapun timbul persepsi yang mengatakan jenayah tidak berkurangan dan keadaan (dalam negara) kononnya tidak selamat.

“GTP 2 akan memfokus kepada usaha mengurangkan kejadian pecah masuk rumah, mencegah kecurian kenderaan, memulihkan banduan di penjara supaya residivis (kembali melakukan jenayah) dalam kalangan bekas banduan kurang daripada 20 peratus dapat dicapai, serta memulihkan penagih dadah agar tidak kembali kepada tabiat lama,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kempen 1Aman peringkat negeri di Sungai Lalang di sini semalam.

Abu Seman berkata menerusi GTP 2 yang bermula tahun ini sehingga 2015, Kedah dan Perak dijadikan sebagai negeri ‘hotspot’.

“Bagaimanapun, ia bukanlah bermaksud kedua-dua negeri ini mempunyai indeks jenayah yang tinggi sebaliknya kerajaan ingin memperluaskan kejayaan mengurangkan jenayah, demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negeri-negeri ini.

“Sasaran NKRA mengurangkan jenayah yang ditetapkan pada tahun ini ialah pengurangan indeks jenayah sebanyak lima peratus, meningkatkan persepsi keselamatan (60 peratus), mengurangkan kejadian pecah rumah (lima peratus), meningkatkan pendakwaan kertas siasatan yang dibuka (35 peratus), dan meningkatkan kepuasan rakyat terhadap perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (80 peratus),” katanya.

Sementara itu, Abu Seman berkata GTP 2 akan turut memberi tumpuan terhadap kerjasama antara pasukan keselamatan seperti polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), serta masyarakat setempat.

Katanya kerajaan juga akan menambah anggota keselamatan dan pada masa yang sama turut melibatkan masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan rondaan di kawasan kediaman masing-masing.

“Kita percaya, dengan wujudnya keakraban antara anggota keselamatan dan masyarakat, ia boleh memberi satu kesan positif, malah dengan kehadiran anggota polis di merata-rata tempat, penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah,” katanya. – Bernama/The Malaysian Insider

Tuesday, April 3, 2012




CHANGE BEARING FRUIT

.Prime Minister Datuk Seri Najib Razak last night spoke of the encouraging results of the various transformation programmes and asked Malaysians to see them through to help the country attain Vision 2020.
In a televised speech marking his three years in office, the prime minister said the government could deliver on its promises and was responsible and trustworthy.
With just eight years to go, he said, the country needed a competent “driver” to guide the nation safely towards achieving its 2020 target.

Friday, March 23, 2012



'LITTLE JAPAN' DI MALAYSIA



JOHOR BAHRU 22 Mac - Global Asia Assets (M) Sdn. Bhd. (GAAM), syarikat perunding bangunan aset bagi pelabur Jepun merancang memajukan perbandaran baru 'Little Japan' yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan pelaburan dijangka melebihi RM500 juta.


Melalui projek yang akan diadakan di Taman Molek di sini, GAAM selaku peneraju projek, berhasrat menarik lebih 2,000 rakyat Jepun untuk menetap, bekerja atau menjalankan perniagaan di negeri ini menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dalam tempoh lima tahun. - (Utusan Malaysia)

Delima: Chinatown n Little India dah ada.. lepas ni Little Japan pulak. Okey jugak kan, kepada sesiapa yang tak pernah ke Jepun, lepas ni tak payah susah hati tunggu promotion tiket murah Air Asia..start enjin, jom buka je langkah ke Johor!
 

Thursday, March 15, 2012










CUKAI PRABAYAR MULAI JULAI ?

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.


Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.


Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.


(Sumber: Utusan Online)