Berikut adalah intipati ucapan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Laporan Tahunan Program
Transformasi Negara:
* Sebahagian besar matlamat GTP dan
ETP berjaya dicapai.
* Pendapatan Negara Kasar per kapita
meningkat daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada 2012.
* Pendapatan isi rumah bulanan purata
Malaysia meningkat daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 pada 2012.
* Kadar kemiskinan terus menurun
daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada
2012.
* Kadar inflasi negara kekal berada
di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012.
* Kerajaan memperuntukkan RM2.34
bilion bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk lebih enam juta
rakyat.
* Baucer Sekolah 1Malaysia berjumlah
RM524 juta beri manfaat kepada lebih 5.24 juta murid.
* Baucer Buku 1Malaysia manfaat lebih
390,000 pelajar dengan peruntukan lebih RM97.5 juta.
* Kerajaan peruntuk RM37.8 bilion
biayai pelbagai subsidi untuk tanggung kos kehidupan seharian rakyat.
* Lebih 100,000 orang berjaya
dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan dalam tempoh tiga tahun di bawah program
e-Kasih.
* Kerajaan tawar lebih 100,000 unit
kediaman mampu milik kepada rakyat.
* NKRA telah menambah baik
kesejahteraan hidup hampir empat juta penduduk
luar bandar.
* Indeks Persepsi Rasuah oleh
Transparency International letakkan Malaysia di kedudukan yang lebih baik daripada
tahun lepas.
* Sejumlah 260 daripada 400 kes
rasuah yang dibicarakan, telah diselesaikan tahun lepas.
* Kadar jenayah dikurangkan sehingga
27 peratus dalam tempoh tiga tahun.
* Hampir 50 juta pelancong melawat
Malaysia pada 2011-2012 dengan Pendapatan Negara Kasar hampir RM100 bilion.
* Eksport sektor kandungan dan
infrastruktur, komunikasi dan industri kreatif catat RM547 juta.
* Malaysia boleh capai status negara
berpendapatan tinggi, mengikut takrifan Bank Dunia lebih awal dari dijangkakan.
* Kuasa beli rakyat Malaysia kini
hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada.
* Sumbangan Pendapatan Negara Kasar
pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan lebih 400,000 peluang
pekerjaan dijangka dapat diwujudkan.
* Malaysia negara ke-12 paling mesra
perniagaan di dunia mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013.
* Malaysia negara ke-14 paling
berdaya saing menurut laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.
* Malaysia diletakkan sebagai negara
ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung asing dalam Indeks Keyakinan
Pelaburan Langsung Asing 2012.
* Pengiktirafan global kepada
Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa-prakarsa GTP dan ETP.
* Bantuan Rakyat 1Malaysia dijadikan
inisiatif tahunan.
– BERNAMA/http://mynewshub.my
No comments:
Post a Comment