Lim Guan Eng |
GEORGE TOWN – Pembinaan terowong
dasar laut tidak akan dilaksana jika tidak lulus Penilaian Impak Alam Sekitar
(EIA), kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Katanya kontrak pembinaan terowong
itu hanya akan ditandatangani selepas semua perincian selesai dan ini mengambil
masa beberapa bulan lagi.
“Ada lagi yang boleh diubah,” katanya
pada sidang media, di sini, Selasa.
Mengenai kritikan Persatuan Pengguna
Pulau Pinang (CAP) bahawa pembinaan terowong itu tidak selamat, Lim berkata:
S.M. Idris |
“Kalau CAP mahu berbincang dengan
kerajaan negeri, pintu saya terbuka bila-bila masa untuk (Presiden CAP) S.M.
Idris. Tapi jangan sebut kerana ada kemalangan kita tak boleh bina terowong.
“Kalau macam ini jangan bina jalan
kerana pun ada kemalangan. Jangan gunakan logik macam ini, saya rasa ini
(alasan CAP) kurang waras.”
Semalam, Idris dilapor berkata CAP
membantah projek itu kerana bimbang dengan aspek keselamatan pengguna kelak.
Projek mega bernilai RM6.3 bilion
oleh kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya
utama termasuk terowong bawah dasar laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam. –
BERNAMA /http://mynewshub.my
No comments:
Post a Comment