PETALING
JAYA ― Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibahim berkemungkinan akan
meninggalkan kerusi Parlimen Pauh untuk ditandingi dan akan memilih salah satu
daripada mana-mana kerusi di Perak mahupun Selangor.
Anwar dalam
pengumumannya hari ini bagaimanapun masih tidak menamakan calon yang bakal
menggantikannya di kerusi tradisinya itu.
“Saya belum
buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di
Perak atau Selangor.
“Tetapi
saya sedang menimbang untuk turun ke Perak,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat PKR di sini.
Ketika
ditanya pemberita Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan menggantikannya di
kerusi berkenaan, Anwar (gambar) berkata anaknya itu sedang berusaha di kawasan
tersebut dan tiada sebab untuk “mengacau” Nurul Izzah.
“Dia (Nurul
Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.
“Biar
(Datuk) (Raja) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah,” katanya lagi.
Kerusi
Permatang Pauh menjadi milik Ketua Umum PKR itu menerusi pilihan raya kecil
pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail.
Anwar juga
turut mengumumkan pada sidang media hari ini lima calon PKR yang bakal
bertanding di Sarawak.
Mereka
terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram),
Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar). –The Malaysian
Insider
No comments:
Post a Comment