PUTRAJAYA -
Malaysia akan menang mudah dalam isu tuntutan ke atas Sabah jika kerajaan
Filipina dan Malaysia bersetuju membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan
Antarabangsa (ICJ), kata seorang pakar sejarah terkemuka tanah air.
Profesor
Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata, ini berdasarkan rekod dan bukti
sejarah yang jelas menunjukkan Sabah adalah milik Malaysia.
Khoo
berkata jika sekalipun diadakan satu lagi pungutan suara mengenai hasrat rakyat
Sabah, "semua rekod menyebelahi kita".
“Jika
kerajaan Filipina membawa isu tuntutan ke ICJ, mereka akan kalah, sama seperti
mereka kalah dalam isu tuntutan Sipadan.
“Mereka
telah tidak 'mengendali' pulau ini sejak 1873. Lebih penting, rakyat Sabah
telah bersetuju menjadi sebahagian daripada Malaysia. Ini keputusan dicapai
Suruhanjya Cobbold sebelum pembentukan Malaysia,” katanya.
Beliau
bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Forum Kepimpinan
Pusat Pengajian Kerajaan Razak (RSOG) berjudul “Multibudaya di Malaysia: Adakah
suasana wujud seperti seharusnya?" di Menara Prisma di sini hari ini.
Khoo
diminta mengulas laporan bahawa kerajaan Filipina telah meminta sepasukan
peguam kanan mengkaji tuntutan negara itu ke atas Sabah yang kini terhenti.
Debat
mengenai tuntutan ke atas Sabah oleh kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu
timbul kembali berikutan insiden pencerobohan di pantai timur Sabah baru-baru
ini.
Bagaimanapun,
Khoo berkata Kesultanan Sulu tidak boleh membawa kes itu ke ICJ kerana ia bukan
sebuah negara berdaulat.
“Sulu
sendiri tidak boleh berdepan dengan Malaysia...sukar untuk pergi ke ICJ kecuali
Manila sedia membantu mereka.
“Saya tidak
pasti Sulu dan Manila dapat bekerjasama (dalam isu tuntutan ke atas Sabah).
Mereka tidak pernah bersepakat," kata beliau. – Bernama/ Sinar Harian
No comments:
Post a Comment