JOHOR BAHRU:
Kemelut DAP di Johor semakin memuncak apabila Pengerusi DAP negeri, Dr Boo
Cheng Hau, mencabar timbalannya, Ong Kow Meng, bertanding merebut jawatan
disandangnya pada pemilihan parti akan datang.
Dr Boo
berkata, Kow Meng boleh bertanding jika beliau layak untuk menjadi pengerusi
menggantikannya, sekali gus memimpin parti dan ahli di peringkat negeri.
Namun,
beliau menyifatkan timbalannya itu tidak layak menjadi pemimpin kerana gagal
menghadiri sebarang mesyuarat serta majlis anjuran parti itu sejak dua tahun
lalu.
“Saya kesal
kerana menjadi subjek serangannya kerana sebagai pemimpin parti dan juga
peguam, beliau seharusnya lebih tahu mengenai undang-undang dan prosedur parti.
“Memang
mana-mana ahli mempunyai hak untuk bertanding jawatan pengerusi negeri, namun
ia perlulah dilakukan dengan mengikut saluran ditetapkan. Saya ikhlas menyokong
beliau untuk bertanding bagi merebut jawatan ini jika beliau rasa layak,”
katanya dalam kenyataan bahasa Mandarin yang diedarkan kepada media berbahasa
Cina di sini, semalam.
Dr Boo yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, berkata beliau kesal dan sedih
kerana ada ahli parti itu yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya hanya
kerana ingin menjadi calon pilihan raya.
"Saya
tidak pasti apa lagi tindakan beliau (Kow Meng), namun saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada beliau atas segala usaha yang dicurahkannya kepada
parti selama ini," katanya.
Media
sebelum ini melaporkan kemelut antara Dr Boo dan timbalannya apabila Kow Meng
secara terang-terangan bersama 16 cawangan parti itu mengemukakan undi tidak
percaya terhadap ADUN Skudai terbabit. -BHarian
No comments:
Post a Comment