Dari 22
kerusi tersebut, lapan darinya adalah kerusi parlimen, manakala 14 kerusi dewan
undangan negeri (Dun).
Timbalan
Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata 22 kerusi untuk calon
wanita itu telah dimuktamadkan parti.
"Setakat
ini, 22 kerusi telah dimuktamadkan untuk calon di kalangan muslimat. Mungkin
ada pertambahan lagi," tegas beliau pada satu sidang media, di Pejabat
Agung PAS, hari ini.
Tambah
beliau, kerusi-kerusi tersebut meliputi beberapa negeri seperti di Kelantan,
Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak.
Beliau juga
berkata, asalnya mereka (muslimat PAS) meminta setiap negeri satu kerusi
parlimen, dan satu kerusi Dun.
"Bagaimanapun,
kami mendapat kerjasama yang baik apabila ada negeri yang menawarkan lebih dari
satu kerusi untuk calon wanita," tegas beliau.
Ketika
ditanya tentang kuota 30 peratus yang dituntut, Dr. Mariah berkata ia belum
mencapai peratus tersebut kerana ia turut merangkumi calon wanita daripada DAP
dan PKR.
Dalam pada
itu, beliau turut mengesahkan mana-mana calon wanita yang menang pada pilihan
raya umum ke-12 lalu, turut dicalonkan semula.
"Insya
Allah, semua calon wanita yang menang pada PRU lepas, dicalonkan semula
memandangkan laporan prestasi yang baik daripada kami," tegas ahli
Parlimen Kota Raja itu.
Selain itu,
kata beliau terdapat muka baru yang akan menjadi calon wanita, termasuk aktivis
NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli.
Turut serta
pada sidang media itu Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah
al-Jundi.- http://sisibukit.blogspot.com
No comments:
Post a Comment