PULAU PINANG - Kerajaan DAP Pulau
Pinang seolah-olah mempersendakan manifesto mereka sendiri apabila projek
terowong dasar laut yang ingin dibangunkan bakal dikenakan tol.
Rowena Yam |
Penyelaras Dewan Undangan Negeri
(DUN) Pulau Tikus, Rowena Yam berkata, perkara itu menimbulkan persoalan dalam
kalangan rakyat negeri itu kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini
lantang mahu memansuhkan tol sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan
dalam pilihan raya umum akan datang.
Tegasnya, jika benar pembangkang mahu
memansuhkan tol di seluruh negara, mengapa tidak dimulakan di negeri itu
melalui projek yang mereka sendiri lancarkan.
"Selepas lima tahun mentadbir
negeri ini, Tol Sungai Nyior sendiri masih tidak dimansuhkan, kini tampil pula
terowong bertol. Jelas mereka sendiri membelakangkan manifesto yang selama ini
dilaung-luangkan kepada rakyat," katanya. - Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment