KUALA
LUMPUR — Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menjadi inisiatif tahunan membuktikan kerajaan
komited untuk meringankan beban dan memenuhi keperluan rakyat khususnya yang
berpendapatan rendah.
Setiausaha
Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata
sebelum ini rakyat memang benar-benar berharap BRIM diteruskan dan kini kerajaan
tidak menghampakan harapan golongan itu.
“Bantuan
BR1M yang diteruskan membuktikan kerajaan prihatin dengan beban kewangan
rakyat. Bantuan BR1M ini sangat baik dan efektif kerana ia diberikan secara
langsung kepada kumpulan sasar,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri
bahawa BR1M akan diteruskan menjadi inisiatif tahunan semasa membentangkan
Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (GTP) semalam.
Sementara
itu Presiden Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPM), M.Varatharajoo
berkata langkah kerajaan untuk menjadikan BR1M sebagai inisiatif tahunan dapat
meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
“Masyarakat
dapat banyak manfaat daripada pengenalan BR1M pertama, jadi saya percaya dengan
inisiatif kerajaan, ini membuktikan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat
tanpa mengira bangsa,” kata Varatharajoo.
Bekas
Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat menyifatkan bantuan BR1M yang
diteruskan dan menjadi inisiatif tahunan sebagai ‘bonus’ terbaik untuk rakyat
berpendapatan rendah.
“Kalau kita
kerja dengan syarikat kita kena bertungkus-lumus tingkatkan produktiviti baru
boleh nikmati bonus.
“Namun
kerajaan memberikan bonus kepada rakyat kurang berkemampuan secara berterusan
tanpa mereka perlu berbuat apa-apa. Inilah kerajaan yang berjuang untuk membela
nasib rakyat,” kata beliau. – Bernama/ The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment