Friday, June 22, 2012

PENINGKATAN JUMLAH PENGHIDAP DIABETES DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN
KUALA LUMPUR: Sejumlah 2.6 juta penduduk Malaysia didapati menghidap diabetes susulan pendedahan oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata keputusan kaji selidik NHMS itu mencemaskan dan membimbangkan di sebalik usaha bersepadu yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sejak bertahun-tahun.

"Perangkaan daripada NHMS menunjukkan pesakit diabetes di Malaysia meningkat kepada 31 peratus dalam hanya lima tahun berbanding peningkatan 11.6 peratus pada 2006 bagi setiap orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Diabetes Kebangsaan 2012 bertemakan 'Ke arah Pencegahan dan Pengawalan Diabetes yang Lebih Baik' di sini hari ini, Dr Hasan berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia termasuk berat badan berlebihan, genetik, gaya hidup dan diet tidak sihat, meminum alkohol, merokok dan tidak menjalani pemeriksaan perubatan secara tetap.

"Cara pencegahan terbaik adalah dengan makan secara sihat, bersenam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, menjalani saringan kesihatan secara tetap dan berkala dan penghidap diabetes mesti mendapatkan rawatan serta penjagaan sewajarnya, misalnya mengawasi kadar gula dalam darah, mendapatkan rawatan bagi peningkatan tekanan darah, dan penjagaan kaki serta mata," katanya.

Dr Hasan berkata langkah pencegahan adalah tindakan yang menjimatkan wang dan mengurangkan dengan banyak perkembangan penyakit itu serta komplikasinya.

Beliau menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat sivil dan sektor swasta supaya membantu kementerian itu dalam Pelan Strategik Kebangsaan bagi Penyakit Tidak Berjangkit dengan mempromosikan kempen gaya hidup sihat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Diabetes Malaysia Prof Datuk Ikram Shah Ismail berkata diabetes seharusnya dianggap sebagai isu sosial serta ekonomi dan bukannya isu kesihatan.

Beliau berharap pengamal perubatan dan semua pihak akan terus mempromosikan kesedaran mengenai diabetes untuk mengurangkan jumlah penghidap diabetes dalam kalangan penduduk Malaysia.-BERNAMA
MOHD RAFIZI LETAK JAWATAN KETUA EKSEKUTIF PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli pada Khamis meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

Mohd Rafizi memaklumkan mengenai perletakan jawatan itu menerusi Twitter milik beliau pada petang Khamis.

Beliau berkata, perletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.


Sebagai makluman, Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu. -MStar online

Thursday, June 21, 2012

LET’S STOP PORT PRIVATISATION, PENANG DAP TO BN

The Penang DAP has offered to work with the state Barisan Nasional to halt the privatisation of Penang Port Sdn Bhd.

State DAP chairman Chow Kon Yeow said there should be no problems for the BN to cross the political divide on the matter as it concerned the state's economic future.

"DAP is against the privatisation of Penang Port … I would like to invite Teng Chang Yeow (Penang BN chairman) to support this campaign," he said when launching the 'Return the Port to Penang' signature campaign aimed at halting the privatisation process.

The state BN has urged the federal government to review its decision to privatise the port following feedback form local industries and public sentiments.

Teng had said the matter should be bought back to the National Economic Council (NEC) for review and deliberation.

He had also said the BN would send a delegation to meet Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak on the matter.

DAP's campaign and the state BN's call for the review followed the revelation that Seaport Terminal (Johor) Sdn Bhd, owned by tycoon Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, was given the go-ahead to take Penang Port Sdn Bhd (PPSB) private.

Chow also called upon Teng to urged the federal authorities to start work on deepening the port, which had been stopped in view of the privatisation.

"Opposing the privatisation of the Penang Port is not sufficient if the port is not dredged," he added. - The Sun


PAS LETAK SYARAT SETUJU SOKONG LYNAS

KUALA LUMPUR: PAS menyatakan persetujuan mengenai pembinaan projek Lynas Advance Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang sekiranya kerajaan memberi jaminan dapat menyelesaikan isu berkaitan keselamatandan kesihatan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata parti itu tidak ada masalah sekiranya kerajaan mahu melaksanakan projek tersebut jika bukti saintifik mengenai tahap keselamatannya dikemukakan.

Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear berkata, PSC gagal mengemukakan laporan berhubung projek berkenaan dari sudut saintifik. 

Che Rosli mencadangkan agar kerajaan melaksanakan ujian makmal bagi mengkaji mengenai tahap keselamatan pembinaan projek Lynas. –Mstar Online
DR M : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN AKAN LEBIH MENJARAKKAN RAKYAT


PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kewujudan sekolah vernakular akan menjarakkan rakyat dan menyekat perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum negara ini.


Katanya, cadangan penubuhan sebuah sekolah tinggi Cina persendirian baru di Kuantan mungkin memberi kesan serupa.

"Kita telah menerima sejak awal lagi bahawa sekolah vernakular boleh ditubuhkan oleh pelbagai masyarakat dan ini menyebabkan golongan muda kita tidak belajar bersama-sama. 

Sekiranya kita mengiktiraf pendidikan Cina dan sijil mereka dan sebagainya, maka kita akan ada tiga golongan rakyat yang berlainan latar belakang pendidikan, dengan setiap satu bercakap dalam bahasa yang berbeza. 

Malah, saya berpendapat kita tak akan dapat hidup bersama sekiranya kita tidak memahami antara satu sama lain," katanya. 

–Mstar Online

Wednesday, June 20, 2012

MCA MAHU PEKERJA DIBERI PILIHAN KELUAR CARUMAN 55 TAHUN

MCA mahu pekerja sektor swasta diberi pilihan mengeluarkan simpanan mereka dalam Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) apabila mencapai usia 55 tahun sekiranya usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata, ini kerana ada pekerja memerlukan wang simpanan mereka untuk memenuhi keperluan mendesak seperti membiayai pendidikan anak dan penjagaan kesihatan ibu bapa, manakala ada pula yang berpendapat mereka wajar dibenar membuat pilihan mengenai masa untuk mengeluarkan simpanan masing-masing.
   
“KWSP perlu melihat undang-undangnya yang sedia ada, tapi sebagai parti politik, pendirian kami ialah mereka (pekerja) perlu diberi pilihan mengeluarkannya pada usia 55 tahun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA di ibunegara semalam.

Dr Chua berkata MCA menyokong umur persaraan ditetapkan pada 60 tahun, tetapi pelaksanaannya mestilah tidak menjejaskan golongan muda yang memasuki pasaran kerja.
   
“Undang-undang Malaysia perlu disemak semula agar lebih fleksibel. Selepas berumur 55 tahun, peluang patut diberi sama ada hendak menyambung atau sebaliknya,” katanya.

Beliau juga berkata MCA tidak mahu Kementerian Sumber Manusia mewujudkan sebarang bentuk inisiatif baru kerana pelaksanaan gaji minimum dan umur persaraan minimum baru perlu ditangani terlebih dahulu.
   
“Kami menentang inisiatif seperti skim pencen sepanjang hayat untuk pekerja sektor swasta dan skim insurans pengangguran. Kami berpendapat ini tidak perlu dilaksnakaan sekarang kerana pelaksanaan gaji minimum dan umur persaraan minimum perlu dipantau dulu,” katanya.

- Bernama / http://www.mca.org.my


KD: Sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran wang KWSP akaun 2 umur 50 tahun manakala pengeluaran wang KWSP secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat potongan. Ia lebih relevan.


SELAMAT DATANG KE PUTRAJAYA FLORIA 2012 !!!



FLORIA PUTRAJAYA @ FLORIA 2012 - festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia kembali lagi.

Bermula dari 30 Jun - 8 Julai 2012, FLORIA 2012 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

Dengan lebih daripada 1 juta pengunjung dari seluruh dunia pada tahun lepas (FLORIA 2011),  festival ini kembali dengan festival yang lebih menarik dan berwarna-warni yang pasti memikat hati pengunjung.

FLORIA 2012 akan mempersembahkan pameran daripada industri hortikultur; produk landskap komersil hingga ke pameran rekabentuk taman serta pameran bunga.

Pengunjung yang hadir pasti terpukau dan terpesona dengan hasil dekorasi hamparan taman-taman bunga indah pelbagai warna, hiasan pintu gerbang dan laluan bunga-bungaan yang diatur dengan pelbagai susunan kreatif beserta rekabentuk landskap yang sangat unik.

Dengan tema “Bunga Kertas - Tetap Menawan”, FLORIA 2012 akan mempamerkan koleksi terbesar bunga kertas yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman.

Marilah beramai-ramai berkunjung ke FLORIA 2012 dan menghayati kemeriahan serta keindahan festival yang penuh berwarna-warni ini!


KD: Tak sabar menanti 30 Jun... pasti sejuk mata memandang keindahan bunga-bunga yang segar dan berwarna-warni. Syukur, indahnya ciptaan Tuhan..