Friday, October 5, 2012

LEBIH 60,000 KESALAHAN LALU LINTAS DIRAKAM AES SEJAK 23 SEPTEMBER

KUALA LUMPUR: Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

"Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini," katanya ketika menjawab soalan LeeBoon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaanAES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini Khamis.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnyamerakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktorkeuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

"Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akandianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikankesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukanpengendali," katanya.

Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik danvisual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju sertamelanggar lampu isyarat.

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasikamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, iatelah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakinberkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.

"Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imejdiperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah,sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan," katanya. –BERNAMA/MStar
GURU AKAN DISERAP JADI SUKARELAWAN POLIS CEGAH JENAYAH

KUALA LUMPUR: Guru sekolah bakal diiktiraf sebagai kumpulan sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) khusus bagi membantu mencegah kegiatan jenayah di kawasan sekolah.

Hadir ke sekolah lengkap beruniform polis, kumpulan guru terpilih itu juga bakal diberikan kuasa hampir sama dengan anggota polis.

Selain golongan pendidik, beberapa kumpulan dalam masyarakat seperti doktor, ahli perniagaan dan individu perseorangan juga akan dilibatkan menerusi Pasukan Sukarelawan Polis (PVR) bagi membantu PDRM mencegah jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penglibatan kumpulan berpengaruh dalam masyarakat menerusi PVR bakal dilaksanakan menerusi fasa Kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan jenayah.

"Saya akan lantik anggota PVR di kalangan guru-guru sekolah. Bila pergi ke sekolah mereka akan pakai uniform polis.

"Kita mahu masyarakat bekerjasama dengan polis. Bukan susah pun, bukan nak suruh tangkap orang. Mereka hanya perlu pakai uniform kerana penampilan beruniform memberi kesan yang besar terutama bagi mencegah jenayah," katanya menerusi wawancara eksklusif di sini, Khamis.

Jelas Ismail, langkah untuk melibatkan golongan pendidik dan kumpulan masyarakat itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Bajet 2013 untuk menambah bilangan PVR seramai 10,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM70 juta bagi membantu polis membanteras jenayah.

Sehingga kini dianggarkan terdapat seramai kira-kira 5,000 anggota PVR di seluruh negara.

Bagaimanapun menurut Ismail, pihaknya akan mengadakan perbincangan terpeinci mengenai cadangan itu bersama pihak berwajib termasuk ketua pengarah pelajaran untuk melibatkan guru sebagai anggota PVR.

"PDRM tak mahu cadangan ini dianggap seolah-oleh kita bagi tekanan kepada guru. Kerja utama mereka tetap mengajar. Mereka hanya perlu pakai uniform.

"Masa untuk mereka bertugas juga fleksibel. Sebagai contoh kita galakkan mereka untuk pakai uniform apabila bersama pelajar di luar kawasan sekolah untuk aktiviti luar," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penglibatan guru sebagai anggota PVR, Ismail menjelaskan ia tidak menggambarkan seolah-oleh berlakunya kadar jenayah yang tinggi di sekolah sebaliknya hanya sebagai langkah pencegahan.

"Uniform (polis) memberi gambaran yang baik kerana kita mahu tanamkan kepada pelajar bahawa baju ini adalah lambang disiplin.

"Keduanya, penglibatan guru sebagai anggota PVR dengan memakai uniform polis lebih kepada memberi amaran serta peringatan kepada orang luar yang mempunyai niat jahat," katanya.

Selain itu Ismail berkata, perancangan itu merupakan lanjutan kepada program blue and green yang membabitkan anggota polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi meningkatkan kawalan keselamatan di sekolah.

"Sekarang ini sudah ada polis dan Rela di sekolah. Jadi selepas ini kita akan buat dalam skala yang lebih besar. PDRM akan libatkan semua sekolah dan ia bakal dilaksanakan secara berfasa," katanya lagi. -MStar
SUARAM TERIMA RM100 JUTA DANA ASING?

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.-UtusanOnline

Thursday, October 4, 2012

PENIAGA ASING MILIKI MYKAD/PASPORT PALSU?


KUALA LUMPUR - Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) mendakwa wujudnya pihak yang tidak bertanggungjawab membekalkan MyKad dan Pasport palsu kepada warga asing khususnya golongan peniaga dan penjaja.
Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, hasil maklumat yang dikumpul pihaknya mendapati kira-kira 50 peratus peniaga dan penjajaasing di seluruh negara, terutamanya warga Pakistan memiliki MyKadyang telah diklon.
Menurutnya, MyKad dan Pasport antarabangsa palsu itu boleh diperolehi dengan harga RM18,000 hingga ke RM50,000.
“Dokumen tersebut akan menggunakan maklumat warga tempatan, tetapi menggunakan gambar warga asing tersebut. Contohnya seperti nama saya, saya dapati ada tiga orang menggunakan maklumat yang sama.
“Terdapat satu kes di Seremban, warga Bangladesh menggunakan pasport antarabangsa palsu, dan bekerja sebagai kontraktor yang mengambil kontrak di balai-balai polis selama tempoh lima ke enam tahun, termasuk melakukan jenayah.
“Warga asing ini telah ditahan dan dihantar pulang ke Bangladesh, namun kini kembali ke Malaysia membuat kerja yang sama,” katabeliau pada sidang media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Travers, Bangsar di sini, hari ini.
Ridzuan berkata, beliau bersama ahli-ahli Ikhlas yang lain mengumpul maklumat berhubung perkara tersebut dalam tempoh setahun ini.
Katanya, kaedah penyamaran digunakan bagi memperoleh maklumat terus daripada warga asing terlibat.
“Saya sendiri turun padang, menyamar dan bergaul dengan peniaga warga asing ini untuk memperoleh maklumat. Kami ada bukti-bukti berhubung perkara ini untuk diserahkan bersama memorandum yang akan dihantar kepada Perdana Menteri,” katanya.
Menurutnya, perkara tersebut menjadi ancaman besar kepada negara berikutan lambakan warga asing tidak terkawal.
“Sekarang ini, Melayu merupakan yang paling ramai di Malaysia, diikuti dengan Cina, dan warga asing. Kaum India lebih sedikit berbanding warga asing. Jika keadaan ini berterusan, warga asing mampu mengatasi jumlah Melayu.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu tegas kerana isu ini melibatkan menjual keselamatan negara. Ikhlas mahu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat habis-habisan berhubung perkara ini,” katanya.
Ikhlas membuat laporan polis dengan menyenaraikan beberapa isu menjual keselamatan negara disebabkan wujudnya keadaan di mana warga asing yang dengan mudah memiliki MyKad biru, juga berkaitan dengan tender MyKad yang diberi kepada syarikat swasta, termasuk rasuah membabitkan kakitangan kerajaan.
Memetik laporan polis yang dibuat Ridzuan berkata, pihaknya mendapati wujudnya unsur sabotaj terhadap kepimpinan Perdana Menteri apabila sebilangan penjawat awam tidak menyokong kerajaan.
“Sebagai sebuah NGO (pertubuhan bukan kerajaan), Ikhlas memandang isu ini sebagai isu kepentingan awam dan tidak mahu mana-mana pihak cuba menggadaikan keselamatan negara demi duit.
“Malah, apa yang kami bimbangkan pembangunan sistem MyKad di negara luar boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya.
Dalam laporan itu juga menyebut Ikhlas akan membuat tangkapan awam sekiranya isu berkenaan tidak selesai dan berada pada tahap kritikal. –SinarHarian

KD: KDN perlu bertindak proaktif!

TUJUH PESALAH SIBER DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Seramai tujuh pesalah siber telah dihadapkan ke mahkamah dan kebanyakannya atas kesalahan yang melibatkan penghinaan terhadap institusi beraja.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum berkata, semua jenis kandungan rangkaian termasuk dalam rangkaian sosial internet tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Fitnah 1957, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pihak yang difitnah atau dimalukan boleh mengambil tindakan sivil secara persendirian dengan memfail saman malu ke atas mereka yang didakwa menabur fitnah melalui rangkaian sosial tersebut," katanya. -UtusanOnline
KD: Para blogger patut maklum berhubung perkara ini. Bukan semua perkara/maklumat boleh diulas @ dikomen sesuka hati. Jika maklumat yang disampaikan tidak benar, ia tidak ubah seperti fitnah sekaligus menjejas maruah pihak yang difitnah.

SATU LAGI PERHIMPUNAN BESAR PAKATAN RAKYAT 3 NOV INI

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) bercadang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 November ini di Stadium Bukit Jalil untuk menuntut pilihan raya yang bersih.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Rabu.

Menurut beliau, PR mahu mengadakan perhimpunan itu kerana lapan tuntutan Bersih mengenai pilihan raya bersih tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Jawatankuasa Bersih dalam tuntutan mereka mahukan daftar pemilih yang bersih, pembaharuan ke atas sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen minimum 21 hari, liputan media yang lebih adil, pengukuhan institusi awam dan penghapusan politik yang korup dan kotor. -mStar

Wednesday, October 3, 2012

DANA ASING: MPM GESA AMBIL TINDAKAN SEBELUM TERLAMBAT
 
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sekiranya terbukti menerima pembiayaan dana asing.

Setiausaha Agungnya, Dr. Hassan Mad berkata, pihak berkuasa tidak boleh membiarkan dua entiti tersebut sewenang-wenangnya melakukan agenda tersirat pihak asing yang mahu melihat negara ini hancur dan porak-peranda.

Pendedahan yang dilaporkan kebelakangan ini menunjukkan dana asing itu diperoleh daripada pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan penyangak mata wang, George Soros.

“Pihak tidak bertanggungjawab itu juga dilihat mengambil kesempatan menghentam kerajaan disebabkan tiada undang-undang yang tegas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris Khamis lalu berhubung penglibatan Soros menerusi pertubuhan tertentu yang menyalurkan dana kepada pihak-pihak tertentu dalam negara bertujuan menimbulkan suasana huru-hara.

Katanya, Malaysiakini dan Suaram juga dilihat tidak mempunyai agenda membaiki budaya politik negara sebaliknya menggunakan alasan seperti kebebasan dan hak asasi untuk menghancurkan negara.

“Saya berpendapat mereka ini seperti pelampau politik berniat menghancurkan sistem politik negara," jelasnya. – Utusan Online