Kajian SOCMAT
dapati Anwar hanya terima 42 peratus undi, hadi 43 peratus
KOTA BHARU: Sebuah syarikat perunding dan penyelidikan yang melakukan
kajian pemikir politik pengundi di Kedah mendedahkan, 78 peratus daripada
rakyat negeri itu berpuas hati dengan idea, dasar perjuangan, akhlak dan
keikhlasan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak beliau memegang
jawatan itu pada 2009.
Social Matrix Research (SOCMAT)
yang pernah melakukan kajian sama di Kelantan tahun lalu, melakukan kaji
selidik di 648 peti undi yang membentuk 36 kawasan DUN dan 15 kawasan Parlimen
Kedah, membabitkan 2,806 responden dari seluruh negeri itu. Kaji selidik yang
dinamakan ‘Tinjauan Pemikiran Politik Pengundi Kedah 2011’ itu dilakukan pada
26 November 2011 hingga 26 Januari 2012.
Penasihat SOCMAT, Dr Khairuddin Damhoeri berkata, selepas mengambil kira
tempoh Najib memegang jawatan sebagai Perdana Menteri baru dua tahun iaitu
ketika kaji selidik dilakukan, ia menunjukkan penerimaan rakyat Kedah terhadap
kepemimpinannya.
(Sumber: Berita Harian 30/05/2012)
No comments:
Post a Comment