BANTING: Pemansuhan tol di negara ini bukan perkara baru kerana ia telah
dilaksanakan kerajaan Pusat sejak 2003 lagi.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, usaha berterusan
itu tanda prihatin kerajaan bagi megurangkan beban rakyat, termasuk membayar
tol. Malah, sebenarnya sudah banyak perkara yang kerajaan buat seperti
pemberian rebat dan diskaun semasa perayaan.
Perkara itu dinyatakan dalam majlis perasmian Lebuh raya Lembah Klang
Selatan (SKVE) yang turut mengumumkan pengguna SKVE akan menikmati tol percuma
selama sebulan, bermula semalam.
(Sumber: Berita Harian 30/05/2012)
No comments:
Post a Comment