GEORGE TOWN - Orang ramai terutama
peminat serta pengkaji astronomi berpeluang melihat planet Zuhrah yang akan
muncul merentasi matahari buat kali terakhir pada abad ini pada 6 Jun nanti.
Fenomena astronomi itu bakal
disaksikan ramai penduduk dunia termasuk Malaysia selepas matahari terbit pada
pukul 7.12 pagi, Rabu depan.
Kurator Kanan Muzium dan Galeri
Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM), Zolkurnain Hassan berkata,
fenomena yang dipanggil transit planet Zuhrah itu akan berlanjutan sehingga 1
petang.
Kata beliau, pihaknya dengan
kerjasama Kelab Astronomi USM akan mengadakan program khas ini bertempat di tiga
lokasi utama di kampus universiti itu dengan menyediakan teleskop untuk
memudahkan orang ramai menyaksikan pergerakan planet Zuhrah.
"Pelbagai aktiviti lain
diadakan seperti pameran transit planet Zuhrah, ceramah astronomi, pertandingan
fotografi dan lawatan ke planetarium," ujarnya.
Transit Zuhrah adalah fenomena
astronomi yang mana planet ini bergerak antara matahari dan bumi.
Semasa transit, planet Zuhrah akan
kelihatan seperti satu bintik berwarna hitam merentasi cakera matahari secara
perlahan-lahan selama enam jam dan ia boleh disaksikan menerusi penuras suria
atau kaca mata gerhana.
Gambar Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun
2004
|
No comments:
Post a Comment