Malaysia adalah negara Islam
contoh yang mengamalkan demokrasi tetapi berjaya mencapai kemajuan yang
membanggakan, terutama dari segi pembangunan ekonomi.
Itulah pandangan dua senator
berpengaruh darri Amerika Syarikat (AS), John McCain Joseph Lieberman yang
berada di negara in atas jemputan Kuala Lumpur Business Council.
Menurut mereka, di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, hubungan dua hala Malaysia dengan AS juga
semakin baik, selain negara turut mencapai kemajuan signifikan dalam politik
dan pembangunan sosial.
John McCain, senator dari Arizona
berkata, Malaysia boleh menjadi model negara Islam yang berjaya mencapai
kemajuan selepas ia menerima kebebasan hak dan demokrasi. Katanya, penerimaan 18
daripada 22 syor bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini
menunjukkan kerajaan Malaysia serius melakukan reformasi dalam proses pilihan
raya supya lebih dil dan bersih selain sedia berdialog dengan pembangkang.
(Sumber:BHarian
01/06/2012)
No comments:
Post a Comment