PUTRAJAYA:
Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar
sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun
ini jika Pilihan Raya Umum diadakan selepas Ogos.
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Jun
adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih
diwartakan pada Ogos depan.
Abdul Aziz
berkata, selain pendaftaran baru, Jun juga penting kepada mereka yang sudah
mendaftar membuat semakan. Ia bagi membolehkan pemilih mengetahui sekiranya
terdapat perubahan lokaliti, tempat mengundi atau sebarang kesilapan dan
ketidaktepatan maklumat, jika semakan dibuat selepas Jun mungkin sudah
terlewat," katanya.
Ini kerana,
hanya pemilih sahaja boleh memohon menukar butir diri masing-masing dalam
Daftar Pemilih. SPR tidak dapat membetulkan apa-apa kesilapan yang berlaku
tanpa pemilih itu sendiri memaklumkan kepada SPR mengikut peraturan dan
prosedur ditetapkan. -BHarian
No comments:
Post a Comment