KOTA BHARU
24 Jun - Bekas Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT), Nik
Mahani Mohamad mendakwa, mata wang syariah dinar dan dirham yang dikeluarkan
oleh syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu tidak
mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki Islam.
Nik Mahani
mendakwa, sepanjang berada dalam syarikat tersebut sejak tahun 2008 sehingga
awal tahun ini, beliau mendapati KGT lebih mementingkan keuntungan berbanding
untuk memperkenalkan sistem kewangan yang menghapuskan riba secara
keseluruhannya.
Malah, beliau
yang pernah membentangkan kertas di satu forum dinar emas peringkat kebangsaan
pada tahun 2006 mendakwa, fungsi dan peranan KGT dalam menguruskan jual beli
dinar tidak ubah seperti syarikat-syarikat yang mengeluarkan syiling emas
konvensional iaitu mementingkan keuntungan.
No comments:
Post a Comment