Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad mengumumkan pengagihan
dividen sebanyak 14 peratus bagi tahun kewangan 2011 kepada ahli Koperasi
Tentera.
Beliau
berkata, dividen tersebut dibuat kerana kejayaan koperasi itu mengumpul aset
lebih RM2 bilion pada tahun lepas dengan mencatat keuntungan sebelum cukai
RM212 juta berbanding RM159 juta pada tahun 2010.
Zahid yang
juga penaung Koperasi Tentera berkata tindakan koperasi itu menceburi industri
Ar-Rahnu dengan membuka tiga buah cawangan di Kota Bharu, Kelantan, Kluang,
Johor dan Sungai Besi pada penghujung tahun ini merupakan langkah yang tepat
bagi menambah aset koperasi.
Sebelum itu
dalam ucapannya, Zahid menyeru anggota tentera agar terus memberikan sokongan
kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang disifatkannya
sangat menjaga kebajikan anggota tentera selama ini. -MStar Online
No comments:
Post a Comment