‘Cakap-cakap’ @ reaksi berhubung cadangan Tan Sri Muhyiddin
Yassin agar PM Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13) tahun ini terus mendapat liputan akhbar.
Pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan kenyataan
Muhyiddin itu memperlihatkan wujud keadaan tidak menentu dalam Umno sekali gus menyebabkan
Umno tidak yakin menghadapi PRU13.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa,
jelas keadaan dalam Umno sedang berkecamuk apabila pemimpin tertinggi sendiri (seperti
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) sudah tidak sependapat. Tiga
pemimpin utama parti melahirkan pendapat agar PRU tidak harus diadakan pada
musim haji dan Muhyiddin pula mempunyai pendapat tersendiri. Manakala, Najib
terus diam seribu bahasa. Sehubungan itu, beliau yakin yang PRU akan diadakan
pada bila-bila masa dari sekarang dan meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas
jentera pilihan raya PKR yang sudah bersiap sedia.
Pas turut melahirkan pandangan senada dengan PKR apabila
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melahirkan pendapat yang sama dan
merasakan yang pemimpin utama Barisan Nasional (BN) tidak sepakat dalam memilih
tarikh PRU. Beliau juga berkata yang saranan Muhyiddin ini merupakan satu mesej
kepada parti supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.
KD: Pemimpin-pemimpin
yang terpelajar dan arif perihal politik telah memberikan reaksi mereka, pastinya
rakyat juga mempunyai reaksi @ pendapat masing-masing. Begitulah keadaannya selagi
tarikh pilihan raya tidak diumumkan. Terserah kepada diri masing-masing menilai
setiap tindakan atau keputusan. Namun perlu diingat, tidak salah memberi
pendapat, namun janganlah sampai menjadi fitnah/ tohmahan.
No comments:
Post a Comment