Reaksi pembangkang
Kajian itu sudah pastinya mendapat
maklum balas segera dari pelbagai pihak. Mari kita lihat apa kata mereka:
Disebabkan itu juga, pihaknya telah membuat kajian sendiri dan mendapati Selangor mempunyai daftar pemilih yang meragukan. Bagi beliau, ini merupakan strategi BN tawan semula Selangor. Sungguhpun begitu, pihaknya yakin rakyat Selangor tetap memberi sokongan padu kepada PR.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan
negeri-negeri itu kerana bimbang akan diketahui pihak lawan. Mustafa turut
setuju pengundi di Selangor kini dilimpahi rakyat Sabah yang didaftarkan
sebagai pengundi di Selangor.
Jadi baginya, tidak perlulah kajian MPN atau mana-mana pihak buat kajian.
Berdasarkan kajiannya bersama pakar, didapati
kira-kira 3,000 daripada 6,000 nama pengundi yang direkodkan pada Pilihan Raya
Umum 2008, kini telah hilang dan ada yang dipindahkan ke kawasan lain.
Malah, hasil pemerhatian beliau , mereka yang terlibat itu tidak setuju dengan pemindahan itu, sedangkan persetujuan daftar pemilih perlu dilakukan terlebih dahulu. Keadaan ini jelas menunjukkan ada usaha yang telah dibuat untuk menang dalam pilihan raya nanti. Beliau bagaimana pun telah pun membawa perkara ini dalam Dewan Rakyat.

Kata beliau, “Hakikatnya, kalau tidak cakap pun, orang sudah tahu mereka sokong siapa.”
KD: Pembangkang dilihat begitu optimis untuk mempertahankan Selangor dan negeri-negeri yang sedang ditadbir mereka. Tiadalah salah bersikap sedemikian, namun mereka perlu ingat penentu pentadbiran sesebuah negeri bukanlah hak pemimpinnya tetapi rakyat negeri itu sendiri - yang merasa, menilai sekaligus menjadi penentu kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan.
No comments:
Post a Comment