SHAH ALAM - Kegagalan Syarikat Bekalan
Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam pengurusan bekalan air Selangor sudah
dijangka Kerajaan Negeri sejak dua tahun lalu, kata Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Berikutan itu, beliau berkata, rancangan
penstrukturan semula operasi air dikemukakan kepada Kerajaan Pusat bagi
menyelesaikan masalah itu, namun skim berkenaan telah ditolak.
“Kalau buat (penyusunan semula air) dua
tahun lepas, perkara ini (masalah pengurusan air) tidak akan timbul. Dalam
rancangan itu, kita sudah beritahu bahawa Syabas, Konsortium Abbas Sdn Bhd
(Abbas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga (M)
Sdn Bhd (Puncak Niaga) akan terkeluar.
“Bagaimanapun, semua syarikat itu akan
dapat pampasan menguntungkan mereka. Ia adalah satu cara yang diterangkan dalam
Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 ( WSIA),” katanya pada sidang media selepas
menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Selangor anjuran Lembaga
Perumahan dan Hartanah Selangor (LHPS), di sini, pagi tadi.
Dalam pada itu, Abdul Khalid kekal
dengan pendiriannya untuk meneruskan rancangan mengambil alih pengurusan Syabas
demi kepentingan rakyat.
“Kita hendak tunjukkan kepada rakyat
kenapa kita lakukan perkara itu. Kita tahu beberapa kelemahan dan kesukaran
Syabas seperti laporan (audit) yang dibuat Jabatan Audit Negara dan laporan
lain yang kita peroleh,” katanya.
Sebelum itu, Abdul Khalid dalam
ucapannya berkata, Kerajaan Negeri menolak penswastaan air kerana mendakwa ia
tidak adil untuk rakyat memandangkan mereka tidak diberikan pilihan untuk
membuat perbandingan harga.
“Dalam perjanjian itu, rakyat dijanjikan
untuk dapat bekalan air pada harga munasabah, dengan cara perkhidmatan yang
baik dan tidak membebankan mereka.
“Namun, perjanjian itu tidak beri
peluang kepada rakyat untuk mengatakan harga air terlalu mahal, sedangkan
rakyat sepatutnya mempunyai pilihan buat perbandingan. Apabila saya bandingkan
penswastaan sekarang dengan hasrat Kerajaan Negeri (lakukan penyusunan semula
operasi air), ia selaras undang-undang dan cara itu lebih baik,” katanya.
KD: Kasihan pengguna air di Selangor. Sumber air memang banyak dan cukup tetapi pengurusan pula bermasalah.
No comments:
Post a Comment